IKUTI JUGA TINJAUAN-TINJAUAN DI SINI
Dari sudut kedaulatan undang-undang, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung “titah addendum” dalam pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak “boleh diterima sebagai campurtangan salah dalam pertikaian yang masih hidup menanti keputusan mahkamah.”
Demikian menurut Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang menambah, kenyataan-kenyataan itu “boleh dan mungkin mempunyai kesan lanjutan melalui tindakan perundangan lanjut yang diambil oleh mana-mana pihak dalam pertikaian berkenaan.”
“Dari sudut kedaulatan undang-undang kesemua pihak yang tidak terlibat secara langsung dalam (kes ini) wajar menunggu keputusan mahkamah dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kecurigaan.
“Apatah lagi apabila orang yang membuat kenyataan berkenaan adalah Perdana Menteri iaitu ketua kerajaan yang terbabit secara langsung dan tidak langsung berkaitan isu Titah Adendum berkenaan,” katanya di Facebook.

Ini memandangkan Najib, pada 1 April 2024, memfailkan permohonan untuk memulakan Semakan Kehakiman berkaitan “titah addendum” yang didakwa telah dianugerahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong ke-16 untuk membolehkan baki hukuman enam tahun penjara dilaksanakan di rumahnya.
IKUTI JUGA TINJAUAN-TINJAUAN DI SINI
“Dari sudut kedaulatan undang-undang kesemua pihak yang tidak terlibat secara langsung dalam (kes ini) wajar menunggu keputusan mahkamah dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kecurigaan.
“Apatah lagi apabila orang yang membuat kenyataan berkenaan adalah Perdana Menteri iaitu ketua kerajaan yang terbabit secara langsung dan tidak langsung berkaitan isu Titah Adendum berkenaan,” katanya di Facebook.
Haniff menambah, Anwar membuat dua kenyataan pada 21 April dan 14 Mei, yang memberikan kepercayaan kepada orang ramai bahawa “titah addendum” dalam isu pengampunan Najib sememangnya diketahui oleh Kerajaan sebagai wujud.
Pada 9 April 2024, . Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengikrarkan keterangan dalam bentuk Afidavit Lanjutan untuk menyokong fakta kewujudan “titah addendum” semasa pendengaran permohonan untuk kebenaran memulakan Semakan Kehakiman.