
حمزه زاينوددين ظاهيركن سوكوڠن ترهادڤ محي الدين
Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan adalah permulaan bagi menentukan masa hadapan negara yang lebih baik.
Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil pendekatan yang mengutamakan kepentingan negara dan bukan mana-mana pemimpin, selepas kemelut politik melanda negara sejak seminggu lalu.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri kelapan.
Perkara itu diputuskan baginda selepas mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan adalah permulaan bagi menentukan masa hadapan negara yang lebih baik.
Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil pendekatan yang mengutamakan kepentingan negara dan bukan mana-mana pemimpin, selepas kemelut politik melanda negara sejak seminggu lalu.
“Apa yang berlaku bukan hanya untuk Tan Sri Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) tapi ia ketentuan Allah.
“Kita harus bersyukur kerana segala yang berlaku bukan lagi garisan penamat tetapi bermulanya untuk menentukan masa hadapan negara yang lebih baik.
“Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya ketika ditemui di luar kediaman Presiden BERSATU itu di sini, hari ini.
Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan pelantikan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri kelapan.
Perkara itu diputuskan baginda selepas mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas.
Istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri akan diadakan di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok.
Kemelut politik negara tercetus apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, bertindak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.
Sumber:
