
حمزه زاينوددين: ڤرانن مجليس كسلامتن نڬارا دأمبيل اليه اوليه كمنترين دالم نڬري
Sertai INSTAGRAM TTF di sini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peranan Pasukan Petugas Khas yang sebelum ini dikendalikan MKN diambil alih KDN bagi meneliti setiap aduan awam yang diterima, termasuk memastikan tindakan susulan diambil terhadap aduan tersebut.
Menurutnya, orang awam boleh mengemukakan aduan mengenai pelanggaran pematuhan SOP PKP melalui saluran aduan sedia ada MKN iaitu [email protected] atau saluran aduan KDN di [email protected].
Hamzah berkata, semua agensi terbabit bertindak tegas mengikut kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, peranan Pasukan Petugas Khas yang sebelum ini dikendalikan MKN diambil alih KDN bagi meneliti setiap aduan awam yang diterima, termasuk memastikan tindakan susulan diambil terhadap aduan tersebut.
Menurutnya, orang awam boleh mengemukakan aduan mengenai pelanggaran pematuhan SOP PKP melalui saluran aduan sedia ada MKN iaitu [email protected] atau saluran aduan KDN di [email protected].
Hamzah turut berkata, kerajaan akan melaksanakan operasi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) peringkat nasional yang dikenali sebagai OP PATUH dalam kalangan masyarakat dan sektor ekonomi terutama perkilangan.
Beliau memberitahu, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan SOP PKP COVID-19 (JKPS) yang baru ditubuhkan disertai 21 kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.
Katanya, Op Patuh memberi lebih fokus dan bersepadu terhadap penguatkuasaan pematuhan SOP dalam kalangan kilang dan premis perniagaan yang beroperasi, termasuk penyalahgunaan surat kelulusan.
“Malah, Sekatan Jalan Raya Bergerak (Mobile-Roadblock) ditumpukan di kawasan panas Covid-19 di seluruh negara terutama kawasan perkilangan dan perindustrian utama. Bagi melancarkan pelaksanaan operasi ini, penggunaan aset-aset strategik milik semua agensi penguatkuasaan yang akan diatur gerak secara bersepadu seperti helikopter dan dron bagi pemantauan lebih berkesan.
“Selain itu, bagi tindakan penguatkuasaan di lapangan yang lebih pantas dan tersusun, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak sebagai pasukan respon pantas (rapid response team) ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti oleh sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE), sebelum tindakan susulan diambil oleh agensi penguat kuasa yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hamzah berkata, semua agensi terbabit bertindak tegas mengikut kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Katanya, bagi menambah baik prosedur pengurusan aduan yang diterima berhubung ketidakpatuhan dan pelanggaran SOP di seluruh negara, semua aduan yang diterima mana-mana agensi penguat kuasa, termasuk dari pihak Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dikoordinasikan KDN untuk tindakan penguatkuasaan di lapangan.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Utusan Online
WAJIB BACA:
