Hamzah Zainuddin diharap kerah polis buka kertas siasatan terhadap Tommy Thomas

Hamzah sebelum ini bertindak keluar dari UMNO pada Disember 2018 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dua bulan berikutnya. Sumber (gambar): Fail TTF

حمزه زاينوددين دهارڤ كراه ڤوليس بوك كرتس سياستن ترهادڤ تومماي تومس

Pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri merupakan suatu lantikan yang teramat tepat dan mampu menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Pelantikan Hamzah diharap menjurus kepada pembentukan dasar keselamatan yang baru dan mantap, selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Hasutan 1948 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

Saya berharap agar Hamzah dapat menggerakkan satu siasatan bersepadu melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara untuk menyiasat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Siasatan terhadap Tommy Thomas perlu kerana beliau malangkaui batas kuasanya apabila memijak-mijak kuasa Menteri Dalam Negeri dengan menggugurkan semua dakwaan terhadap tahanan-tahanan LTTE.


PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri merupakan suatu lantikan yang teramat tepat dan mampu menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Hamzah, yang merupakan Ahli Parlimen mewakili Daerah Larut, Perak, pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (19hb Mac 2008 – 9hb April 2009), Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (10hb April 2009 – 15 Mei 2013) dan Timbalan Menteri Luar Negeri (16hb Mei 2013 – 29hb Julai 2015) sebelum menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (29hb Julai 2015 – 10hb Mei 2018).




Hamzah sebelum ini bertindak keluar dari UMNO pada bulan Disember tabun 2018 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dua bulan berikutnya.

Pelantikan Hamzah diharap menjurus kepada pembentukan dasar keselamatan yang baru dan mantap, selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Hasutan 1948 dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

Saya berharap agar Hamzah dapt menggerakkan satu siasatan bersepadu melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Badan Kehakiman Negara untuk menyiasat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Siasatan terhadap Tommy Thomas perlu kerana beliau malangkaui batas kuasanya apabila memijak-mijak kuasa Menteri Dalam Negeri dengan menggugurkan semua dakwaan terhadap tahanan-tahanan LTTE.

Thomas secara terbuka menghina Perlembagaan Persekutuan apabila membelakangkan dasar Kementerian Dalam Negeri yang secara sah mengganggap LTTE sebagai sebuah organisasi pengganas.

Tindak tanduk Thomas turut memperlekeh usaha keras PDRM menggumpul bahan bukti yang sah mengaitkan individu-individu yang ditahan, termasuk ADUN-ADUN dari DAP, dengan gejala keganasan melibatkan LTTE.

RJ RITHAUDEEN

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...