Hamid Bador nafi polis senjata politik Perikatan Nasional

Menurut Hamid, sebarang tindakan yang diambil polis seperti memanggil individu tertentu – yang kebetulan merupakan orang politik – ke balai polis atau Bukit Aman adalah untuk merakam kenyataan mereka berdasarkan laporan yang dibuat. Sumber (gambar): Fail TTF

حميد بادور نافي ڤوليس سنجات ڤوليتيك ڤريكتن ناسيونل

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang digunakan sebagai alat untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Ini susulan dakwaan Pakatan Harapan bahawa Perikatan Nasional menggunakan agensi kerajaan termasuk PDRM sebagai senjata politik untuk menambah sokongan.

Baru-baru ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan mendakwa terdapat usaha menggunakan agensi kerajaan untuk memberi tekanan kepada ahli parlimen pembangkang agar menyokong Perikatan Nasional. 

Menurut Pakatan Harapan, agensi-agensi seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri menyasarkan ahli parlimen pembangkang serta pegawai dan ahli keluarga mereka. 


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang digunakan sebagai alat untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Ini susulan dakwaan Pakatan Harapan bahawa Perikatan Nasional menggunakan agensi kerajaan termasuk PDRM sebagai senjata politik untuk menambah sokongan.




“Siapa saja pun boleh buat tekaan, kritikan, andaian dan insinuate anything just to potray (perli apa saja untuk menggambarkan) PDRM sebagai satu alat untuk nak sokong kerajaan.

“Saya ulangi saya tegas dengan pendirian saya bahawa apa juga kegiatan yang diambil oleh pihak saya, tiada kaitan dengan politik.

“Sebelum ini ada menyatakan PDRM telah ambil tindakan terhadap tokoh-tokoh pembangkang, baik zaman dulu, baik zaman sekarang,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.

Baru-baru ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan mendakwa terdapat usaha menggunakan agensi kerajaan untuk memberi tekanan kepada ahli parlimen pembangkang agar menyokong Perikatan Nasional.

Menurut Pakatan Harapan, agensi-agensi seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri menyasarkan ahli parlimen pembangkang serta pegawai dan ahli keluarga mereka.

Menurut Hamid, sebarang tindakan yang diambil polis seperti memanggil individu tertentu – yang kebetulan merupakan orang politik – ke balai polis atau Bukit Aman adalah untuk merakam kenyataan mereka berdasarkan laporan yang dibuat.

Tambahnya, ia tidak mengira laporan berhubung kesalahan apa pun, tetapi jika pihak polis mendapati ada unsur-unsur kesalahan kertas siasatan akan dibuka dan individu tersebut akan dipanggil.

Loading...

“Ia akan diambil tindakan dalam suasana yang begitu profesional.

“Saya tak benarkan apa-apa kata ugutan (atau) tawaran kepada mereka apabila kenyataan mereka dirakam.

“Dan pihak saya tawarkan bila tarikh sesuai dan di mana nak rakam kenyataan,” katanya.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...