Hakikatnya, hartanah RM100 juta yang dipohon Najib sudah pun diluluskan kabinet – Hanipa Maidin

Menurut Hanipa, penjelasan Zafrul itu menunjukkan permohonan Najib telah pun diluluskan oleh kabinet dan harta itu akan diberikan kepada Najib. Sumber (gambar): Fail TTF

حقيقتڽ، هرتانه رم100 جوت يڠ دڤوهون نجيب سوده ڤون دلولوسكن كابينيت – هانيڤا ماءيدين

Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan tanah dan rumah bernilai RM100 hakikatnya telah pun diluluskan oleh kabinet, demikian menurut Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa penggulungan hari ini memberitahu permohonan Najib itu akan dibawa melalui pembentangan RUU Perbekalan Tambahan di Parlimen nanti.

“Bila Menteri jelaskan perkara ini ( perkara Najib minta RM 100 JUTA itu ) akan dilaksanakan dengan membawanya melalui RUU Perbelakan Tambahan atau bajet tambahan, ia bermakna harta bernilai RM 100 juta yang Najib minta itu telah diluluskan oleh kabinet dan akan diberikan kepada Najib.

“Dalam bahasa mudah, wang rakyat bernilai RM100 juta diberikan kepada Najib dalam bentuk tanah dan rumah akan dibelanjakan walaupun ianya tidak ada dalam Belanjawan 2022.”


Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan tanah dan rumah bernilai RM100 hakikatnya telah pun diluluskan oleh kabinet, demikian menurut Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa penggulungan hari ini memberitahu permohonan Najib itu akan dibawa melalui pembentangan RUU Perbekalan Tambahan di Parlimen nanti.




Mengikut prosedur di dewan jelas Hanipa, penjelasan Zafrul itu menunjukkan permohonan Najib telah pun diluluskan oleh kabinet dan harta itu akan diberikan kepada Najib.

“Bila Menteri jelaskan perkara ini ( perkara Najib minta RM 100 JUTA itu ) akan dilaksanakan dengan membawanya melalui RUU Perbelakan Tambahan atau bajet tambahan, ia bermakna harta bernilai RM 100 juta yang Najib minta itu telah diluluskan oleh kabinet dan akan diberikan kepada Najib.

“Dalam bahasa mudah, wang rakyat bernilai RM100 juta diberikan kepada Najib dalam bentuk tanah dan rumah akan dibelanjakan walaupun ianya tidak ada dalam Belanjawan 2022.

“Ini kerana item tentang RM100 juta itu akan akan dimasukkan nanti di dalam Bajet Tambahan dalam Sidang Parlimen yang akan datang untuk dibahas dan diluluskan dalam Parlimen,” kata beliau.

Justeru jelasnya, dalam konteks Parlimen, Bajet Tambahan @ the Supplementary Budget bermakna kerajaan akan membelanjakan duhulu wang RM100 juta yang diluluskan oleh Kabinet dan selepas itu ianya akan diluluskan sekali lagi dalam Parlimen kemudiannya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mencelah mempersoalkan kenapa permohonan Najib bagi mendapatkan RM100 juta tidak disebut di dalam mana-mana item Belanjawan 2022.

Bagaimanapun Zafrul mengakui wujudnya permohonan daripada Najib tetapi tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonan itu dibuat selepas bajet dibentangkan.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...