Hadi: Pakatan Harapan dulu lebih sibuk krisis dalaman daripada bantu Mahathir tangani isu Rohingya

Menurut Hadi, dunia pernah menghadapi isu Palestin, Kashmir, Bosnia dan lain-lain, bukan sahaja isu Rohingya yang mencetuskan krisis antarabangsa yang tidak ditangani secara konsisten. Sumber (gambar): TTF

هادي: ڤاكتن هارڤن دولو لبيه سيبوق كريسيس دالمن درڤد بنتو محضير تاڠني ايسو روهيڠيا

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang semalam memberitahu bahawa PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu pelarian Rohingya walaupun pada ketika itu berada di pihak bertentangan.

Dalam satu kenyataan, Hadi, selaku presiden PAS, berkata keadaan ini tidaklah sama dengan Pakatan Harapan yang lebih sibuk mencatur daripada menyokong pengerusi gabungan berkenaan dalam isu tersebut.

Hadi berpendapat, isu semasa melibatkan pelarian Rohingya perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak sepatutnya dilihat dari aspek pelarian semata-mata.

Menurut beliau, menerima pendatang merupakan tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan Malaysia sahaja.


SUBANG JAYA: Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang semalam memberitahu bahawa PAS pernah bersama Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu pelarian Rohingya walaupun pada ketika itu berada di pihak bertentangan.

Dalam satu kenyataan, Hadi, selaku presiden PAS, berkata keadaan ini tidaklah sama dengan Pakatan Harapan yang lebih sibuk mencatur daripada menyokong pengerusi gabungan berkenaan dalam isu tersebut.




“Ini tidak sama seperti Pakatan Harapan (PH) yang hanya kedengaran suara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keseorangan di mimbar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tetapi PH lebih sibuk menghadapi krisis dalamannya kerana menanti Dr Mahathir meletakkan jawatan.

“Kita perlu membuat perhitungan secara bijak kerana dalam kalangan Rohingya, ada yang benar-benar berjuang dan perjuangan mereka untuk menuntut hak kemanusiaan, kerakyatan dan beragama wajar disokong,” beliau dipetik sebagai berkata oleh portal berita Sinar Online.

Beliau juga tidak menafikan bahawa ada kumpulan yang tidak peduli dengan apa yang berlaku dan hanya sekadar mahu menyelamatkan diri.

“Di sini Islam menetapkan Feqah Aulawiyat dan Feqah Muwazanat yang bertindak mengikut perhitungan agama, kemanusiaan dan politik yang tetap mengambil kira hak yang patut diperjuangkan oleh mereka dan mudarat yang mendatang terhadap negara yang perlu diatasi dan dicegah sebelum ia berlaku.

“Maka mencegah mudarat yang lebih besar hendaklah diutamakan daripada menghadapi pendatang yang mencari kesempatan, bukan kerana perjuangan menuntut hak mereka sahaja tanpa perhitungan terhadap diri sendiri,” katanya.

Hadi berpendapat, isu semasa melibatkan pelarian Rohingya perlu dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dari aspek pelarian semata-mata.

Menurut beliau, menerima pendatang merupakan tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukannya Malaysia sahaja.

Loading...

Dalam masa sama, tindakan perlu diambil supaya penduduk Rohingya kembali semula ke tanah air asal mereka, bukannya bertindak terbuka dan kekal menjadikan mereka pelarian tanpa tempoh dan sempadan.

“Sepatutnya masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan sahaja kelakuan kerajaan Myanmar yang menyekat hak beragama dan berpolitik kepada rakyatnya sendiri di tanah air.

“Langkah sebenar adalah menghalang penghapusan etnik dan tindakan memaksa rakyat Rohingya kerana faktor agama dan kaum, bukannya menghalalkan tindakan Myanmar dengan membuka pintu untuk terus dihalau dan dijadikan pelarian secara terbuka seolah-olah memudahkan tindakan yang salah itu,” beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, dunia pernah menghadapi isu Palestin, Kashmir, Bosnia dan lain-lain, bukan sahaja isu Rohingya yang mencetuskan krisis antarabangsa yang tidak ditangani secara konsisten.

Jelasnya, keadaan begitu berlaku apabila ia tidak dipandang dari beberapa sudut seperti hak beragama, hak berperikemanusiaan dan hak berpolitik.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...