Hadi Awang perlu jelaskan pendirian PAS isu pesawat Israel dibenarkan melalui ruang udara Malaysia

“Apakah PAS bersetuju dengan kebenaran yang diberikan kepada pesawat Israel? Apakah kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan terus membenarkan pesawat-pesawat Israel melalui ruang udara Malaysia?”

Raggie Jessy Rithaudeen

هادي اوڠ ڤرلو جلسكن ڤنديرين ڤاس ايسو ڤساوات إسرائيل دبنركن ملالوءي رواڠ اودارا مليسيا

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Sebuah pesawat milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) disahkan telah melalui ruang udara Malaysia selama empat jam pada 19hb Mei 2021 sebelum mendarat di pangkalan udara tentera republik Singapura.

Perkara ini agak menghairankan, kerana bukan hanya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ada dakwaan bahawa kepimpinan Israel mengugut untuk melancarkan serangan atas pegawai-pegawai Hamas di Malaysia yang didakwa “melatih dan membiayai” pegawai-pegawai berkenaan.




Ugutan ini tidak boleh dipandang remeh dan sharusnya diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk mengelakkan sebarang bentuk ancaman atau risiko terhadap keselamatan penduduk Malaysia dan kedaulatan negara.

Pada tahun 2018, seorang jurutera elektrik dan anggota Hamas, Fadi al-Batsh, ditembak mati di Kuala Lumpur oleh dua lelaki yang dipercayai pembunuh upahan perkhidmatan rahsia Israel.

Baru-baru ini, beberapa saluran media alternatif di Israel menunjukkan rasa tidak puas hati apabila rakyat Malaysia memperjuangkan nasib rakyat Palestin di media sosial sambil mengecam puak Zionis sebagai pengganas sebenar.

Maka hairan juga pesawat milik IAI-Elta diberi kebenaran untuk melalui ruang udara Malaysia, lebih-lebih lagi memandangkan syarikat tersebut merupakan kontraktor utama Tel Aviv yang disahkan memiliki kepakaran dalam risikan selain sistem elektronik bagi kegunaan keselamatan.

Lebih menghairankan lagi ialah kenyataan Kementerian Pengangkutan kononnya pesawat tersebut tidak mengancam keselamatan penduduk Malaysia atau kedaulatan negara, sedangkan Malaysia pernah menjadi tapak sasaran pembunuh upahan dan kini disenaraikan sebagai sasaran serangan baharu.

Apakah PAS bersetuju dengan kebenaran yang diberikan kepada pesawat ini? Apakah kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan terus membenarkan pesawat-pesawat Israel melalui ruang udara Malaysia?

Saya ingin mendengar ulasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara ini.

Loading...

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...