Guan Eng yakin Pakatan Harapan akan kembali jadi kerajaan

Guan Eng yakin rakyat mula sedar sumbangan PH semasa mentadbir negara. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬوان اڠ يقين ڤاكتن هارڤن اكن كمبالي جادي كراجأن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak bersama Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang, Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang cerah untuk kembali menjadi kerajaan, dakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, sekiranya memperoleh sokongan tambahan 15 peratus pengundi Melayu, hasrat PH untuk kembali menjadi kerajaan mungkin dapat direalisasikan.

Tambahnya, PH sebelum ini tidak mempunyai cukup masa untuk melaksanakan pelbagai rancangan ketika mentadbir negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) .

‘Ini termasuk beberapa perancangan yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.”


KUALA LUMPUR: Sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak bersama Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang, Pakatan Harapan (PH) mempunyai peluang cerah untuk kembali menjadi kerajaan, dakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, sekiranya memperoleh sokongan tambahan 15 peratus pengundi Melayu, hasrat PH untuk kembali menjadi kerajaan mungkin dapat direalisasikan.




“Berdasarkan satu dapatan kajian, situasi itu boleh berlaku sekiranya jumlah peratusan itu ditambah dengan pengundi bukan Melayu yang sedia menyokong PH.

“Ia sekali gus memungkinkan PH memperolehi tambahan 35 peratus undi dan dapat mentadbir semula negara,” katanya memetik laporan daripada sebuah akhbar berbahasa Cina pada Isnin.

Tambahnya, PH sebelum ini tidak mempunyai cukup masa untuk melaksanakan pelbagai rancangan ketika mentadbir negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) .

‘Ini termasuk beberapa perancangan yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.

“Sebagai contoh, janji kerajaan PH untuk mengurangkan tol sebanyak 20 peratus yang akan disusuli dengan penghapusannya, selain mengurangkan harga petrol,” kata Ahli Parlimen Bagan itu lagi.

Dalam pada itu, Guan Eng juga yakin rakyat mula sedar sumbangan PH semasa mentadbir negara.

“PH kini perlu menonjolkan prestasinya lebih baik berbanding PN untuk menarik semula pengundi bersama mereka,” kata Guan Eng.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...