Raggie Jessy Rithaudeen
ڬيليرن انور تركتار-كتار كتقاوتان
Kenyataan terbaru presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu “peralihan kuasa” jelas menunjukkan kem Anwar dan DAP khuatir akan berlaku kejutan yang teramat besar dalam arena politik tanahair tidak lama lagi.
Dalam satu kenyataan, Anwar meminta semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka dan menghormati konsensus yang disepakati pada Januari 2018.
“PH dan Tun Dr Mahathir berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses peralihan seperti yang dipersetujui.
“Maka sewajarnya kita turut menghormati keputusan terbabit supaya ianya berlaku secara aman dan teratur,” katanya.
Anehnya, pihak yang paling kerap mengungkit-ungit isu peralihan kuasa bukanlah dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan, tetapi individu-individu serta kumpulan-kumpulan dari luar Pakatan Harapan yang sememangnya penyokong tegar Anwar, termasuklah Otai Reformasi dan Syed Husin.
Mereka ini didorong oleh tindak tanduk Anwar sendiri yang secara konsisten mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa dalam hampir setiap sidang media ataupun sesi temubual yang diadakannya semejak beliau dibebaskan dari penjara.
Malah, Rabu lepas sahaja, Anwar sekali lagi mengungkit isu peralihan kuasa, kali ini dengan berkata peralihan tersebut “haruslah dilakukan secara aman dan teratur.”
“Peralihan kuasa harus dilakukan dengan baik, (kerana) Tun Mahathir mempunyai banyak pengalaman dan jasa (kepada negara). Kita (PH) juga ada muafakat dan janji (yang dipersetujui), jadi sebaiknya ia dibuat dengan cara baik.
“Saya tidak setuju dengan proses itu (peralihan kuasa) jika ia tidak (dilakukan) dengan cara aman dan teratur,” katanya
Sebenarnya, bukan hanya perkara itu telahpun disuarakan olehnya beratus kali, sesiapa sahaja yang sempurna akal sudah pasti akan memahaminya tanpa perlu diberitahu berulang kali.
Sekiranya benar Anwar tidak ingin soal peralihan kuasa dibicarakan lagi, beliau seharusnya menjadi pemimpin Pakatan Harapan pertama yang mengaku secara terbuka peranannya dalan memainkan isu berkenaan ke tahap begitu kritikal hinggakan para pelabur takut memberikan komitmen kepada pasaran saham tempatan.
Dan sekiranya Anwar benar-benar jujur dengan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Mahathir, beliau seharusnya menasihati kumpulan penyokongnya dari luar Pakatan Harapan seperti Otai Reformasi dan Syed Husin untuk berhenti masuk campur urusan dalaman gabungan berkenaan.
Ini tidak, setiap kenyataan yang dikeluarkannya pasti diselit dengan frasa “proses peralihan seperti yang dipersetujui,” seolah-olah wujud satu perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh kesemua ketua parti komponen Pakatan Harapan.
Cuma bezanya, hari ini, beliau menggunakan frasa “menghormati konsensus yang disepakati,” menandakan beliau sendiri mengaku kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan hanya mencapai konsensus berhubung peralihan kuasa, bukannya perjanjian konkrit yang mengikat mana-mana pihak.
BACA LEBIH LANJUT:
Ya, biarpun Anwar berulang kali mendakwa terdapat perjanjian bertandatangan berhubung isu peralihan kuasa, sehingga kini, beliau gagal menunjukkan sebarang dokumen perjanjian biarpun dicabar berulang kali untuk melakukan demikian.
Sebenarnya, saya sudah lama memberi amaran kepada kumpulan pro-Anwar untuk berhenti menekan Mahathir berhubung isu peralihan kuasa jika benar mereka tidak ingin mengundang nahas.
Kumpulan ini, biarpun kecil, amat terdesak melihatkan sokongan majoriti ahli parlimen terhadap gandingan Mahathir-Datuk Seri Azmin Ali.
Pihak yang mengarahkan kumpulan ini menekan Mahathir tak lain tak bukan Anwar sendiri, di mana beliau sedang cuba mempengaruhi seberapa ramai ahli parlimen yang mungkin dari kem Mahathir untuk bersamanya.
Salam erti kata lain, beliau sedang cuba memberi gambaran seolah-olah beliau “mampu mencabar Mahathir kerana sudah cukup kuat dan bakal mengorak langkah pada bila-bila masa.”
Anehnya, tidak ada seorang pun ketua parti ataupun ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berani membuat desakan agar Mahathir berundur.
Malah, setiausaha-agung DAP merangkap Menteri Kewangan sendiri menegaskan tidak perlu diadakan mesyuarat khusus untuk membincangkan tarikh pengunduran Mahathir dari jawatan Perdana Menteri (baca artikel di bawah untuk ketahu sebabnya).
Isu klip audio: ‘Serangan’ Ramkarpal terhadap Latheefa berkait dengan Lim Guan Eng?
Kesemua ini membuktikan pucuk pimpinan Pakatan Harapan tahu benar akan kekuatan Mahathir dan kebolehan beliau membentuk gabungan baru di peringkat persekutuan dalam sekelip mata.
Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga tahu DAP bakal terkubur bersama Anwar buat selama-lamanya sekiranya Mahathir bertindak membentuk sebuah gabungan pentadbiran baru bersama sekumpulan 132-139 ahli parlimen.
Justeru, kedua-dua Guan Eng dan Kit Siang membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Anwar buat seketika dan menentang segala usaha memaksa Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa.
Tindak tanduk mereka menyebabkan Anwar terasa begitu tertekan dan terpaksa berbaik-baik semula dengan Mahathir.
Ya, Anwar pada ketika ini sedang berada dalam keadaan amat terkejut. Beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi DAP yang selama ini “memuja-muja” dan “mendewa-dewakan” beliau boleh memihak kepada Mahathir.
Malangnya, keyataan beliau hari ini tidaklah sejujur mana, kerana jika benar Anwar ingin berbaik semula dengan Mahathir, beliau seharusnya mengaku bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak pernah memasuki sebarang perjanjian yang menetapkan Mahahir perlu memberi laluan kepada Anwar dalam tempoh masa yang spesifik,
