GBN umum kerjasama kuburkan DAP

Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) GBN sebentar tadi menyuarakan komitmen untuk bekerjasama dengan semua kelompok pejuang menerusi satu sesi santai di Shah Village Hotel di Petaling Jaya. Sumber (gambar): TTF

Gerakan Bangsa Nasional hari ini memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan semua kelompok Melayu Islam ke arah penyatuan ummah dan menolak sebarang bentuk politik persengketaan sesama sendiri yang hanya akan merugikan masyarakat Melayu-Islam.

GBN turut mengumumkan akan mengadakan satu majlis bertema “Islam mampu menguburkan DAP” di Summit Hotel USJ di Subang Jaya pada 9hb Ogos 2019 di mana Majlis tersebut akan merungkai polemik semasa melibatkan Tommy Thomas, DAP, Latheefa Koya, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan bagaimana ianya harus ditangani.


PETALING JAYA: Gerakan Bangsa Nasional hari ini memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan semua kelompok Melayu Islam ke arah penyatuan ummah dan menolak sebarang bentuk politik persengketaan sesama sendiri yang hanya akan merugikan masyarakat Melayu-Islam.

Komitmen tersebut disuarakan oleh Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) GBN sebentar tadi menerusi satu sesi santai di Shah Village Hotel di Petaling Jaya di mana pihak LPK diwakili pengerusi-pengerusi bersama GBN Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup dan Raggie Jessy Rithaudeen.




Sesi tersebut dihadiri wakil-wakil dari beberapa buah kampung dan kelompok Melayu-Islam yang inginkan kepastian dari GBN agar satu inisiatif kerjasama melibatkan Melayu-Islam mampu diusahakan.

Pihak LPK menjelaskan pendirian GBN berkenaaan beberapa isu berbangkit dan menekankan perlunya kematangan di kalangan pihak pembangkang bagi menangani isu-isu tersebut.

GBN turut berjanji untuk menguburkan parti DAP pada pilihanraya umum yang ke-15 dan bersetuju menumpukan lebih perhatian terhadap isu-isu melibatkan penganiayaan terhadap masyarakat Melayu-Islam.

Semua yang hadir bersetuju sebulat suara untuk bekerjasama menguruskan ceramah-ceramah kecil di kawasan perkampungan bagi memantapkan lagi usaha mencetuskan kebangkitan di kalangan masyarakat Melayu-Islam.

GBN turut mengumumkan akan mengadakan satu majlis bertema “Islam mampu menguburkan DAP” di Summit Hotel USJ di Subang Jaya pada 9hb Ogos 2019 di mana Majlis tersebut akan merungkai polemik semasa melibatkan Tommy Thomas, DAP, Latheefa Koya, Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan bagaimana ianya harus ditangani.

GERAKAN BANGSA NASIONAL



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...