“Muhyiddin kini tiada pilihan melainkan kembali berjumpa dengan Mahathir dan meminta untuk bekerjasama ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 atas syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahathir”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڬايم اوۏر – محي الدين ترڤقسا تريما شرط محضير اتاو تريما عقيبة د ڤرو15
Jika saudara saudari masih ingat, beberapa bulan lalu, saya mendedahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipinggirkan oleh sekutunya dari PKR di saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Saya menjelaskan, melainkan Muhyiddin ingin bersekongkol kembali dengan Kluster Mahkamah, satu-satunya opsyen yang tinggal pada beliau ialah untuk merangkak kembali berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan meminta untuk bekerjasama.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Inilah satu-satunya cara Muhyiddin boleh menebus kembali maruahnya dan menyelamatkan PPBM, dan syaratnya, PPBM perlu bersetuju untuk samada diserap masuk ke dalam Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) atau membentuk gabungan baharu bersama PEJUANG.
Jika tidak, PPBM akan hanyut terus pada Pilihan Raya Umum ke-15, dan PAS, yang kini sedang berpaut pada PPBM, barangkali untuk tujuan pendanaan bagi mengembangkan sayap ke seluruh negara, akan tenggelam bersama Muhyiddin.
TONTON: KEM NAJIB MAKIN TERDESAK
Nampaknya apa yang saya dedahkan sudah mula menjadi kenyataan.
Hari ini, Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar daripada PPBM untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan menyatakan hasratnya untuk letak jawatan sebagai menteri dalam kabinet Datuk Seri Ismail Sabri.
Dalam masa terdekat, lebih ramai ahli parlimen dijangka mengikuti jejak Zuraida, di mana ahli-ahli parlimen ini pada satu ketika dulu meninggalkan PKR bersama Zuraida.
Ramai meneka bahawa ini adalah percaturan bersama melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida, namun saya difahamkan bahawa ini adalah percaturan Azmin dan Zuraida semata-mata.
Saya akan membincangkan percaturan ini dengan lebih mendalam dalam terbitan yang berasingan.
Yang pasti, Muhyiddin kini tiada pilihan melainkan kembali berjumpa dengan Mahathir dan meminta untuk bekerjasama ke arah Pilihan Raya Umum ke-15, atas syarat-syarat yang ditetapkan oleh Mahathir.
Jangan harap Muhyiddin memasuki perjanjian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana Anwar sudah lama berurusan dengan seorang individu dari Kluster Mahkamah UMNO, manakala DAP dan AMANAH tidak mungkin akan bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS.
Pada 2hb April 2022, saya menulis:
Muhyiddin sedar bahawa ramai akan keluar mengundi pada PRU15 jika PEJUANG, WARISAN, Piagam Rakyat dan parti-parti kecil lain berjaya menampilkan satu formula luar biasa.
Syaratnya, pengundi perlu yakin bahawa parti-parti ini mampu membentuk sebuah kerajaan yang tidak mampu diganggu gugat oleh mana-mana pihak, sepertimana yang berlaku pada 2019.
Jika formula yang ditampilkan oleh parti-parti ini diterima rakyat, bukan hanya ramai akan keluar mengundi, sebahagian besar pengundi atas pagar dijangka akan beralih sokongan kepada blok alternatif.
Sebelum ini, saya ada mencadangkan penubuhan sebuah majlis penasihat (“The Rakyat’s Council”) bagi menasihati dan membimbing sebuah pergabungan parti-parti politik dan kumpulan bukan politik (Piagam Rakyat), di bawah bumbung “Gerakan Pejuang Nasional” (GPN).
Tujuan utama penubuhan “The Rakyat’s Council” ini adalah bagi menjarakkan GPN dari polemik “siapa akan jadi Perdana Menteri,” kerana rakyat lebih mementingkan barisan kepimpinan berjiwa rakyat yang mampu menjamin kestabilan politik, bukannya “siapa akan jadi Perdana Menteri.”
Saya mencadangkan beberapa nama bagi menganggotai “The Rakyat’s Council,” antaranya, Tun Dr Mahathir Mohamad (sebagai tokoh negarawan, bukannya pengerusi PEJUANG), Tengku Razaleigh Hamzah (sebagai tokoh negarawan, bukannya ahli UMNO), Tan Sri Rafidan Aziz, Tun Daim Zainuddin, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dan seorang taikun yang diterima segenap lapisan masyarakat.
Jadi usahlah Muhyiddin bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri – rakyat tidak ingin tahu siapa akan jadi Perdana Menteri, yang mereka ingin tahu ialah formula yang bakal diketengahkan oleh blok alternatif sebagai janji kestabilan dan kemakmuran.
Saya berani bertaruh, bahawa rakyat akan menolak bulat-bulat sebarang bentuk kerjasama dengan PPBM dan PAS jika rakyat melihat kemunculan bendera Perikatan Nasional atau dapat bau bahawa Muhyiddin ingin kembali menjadi Perdana Menteri.
WAJIB TONTON:
