Haniff Khatri
فيكيرن ساله زاهدي بهاوا ءتاجو الدين ڤرلو اد جاوتنء اداله سبب ڤوليتيك نڬارا د تاهڤ دنيا كتيڬ
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada 17.05.2022 ASTRO AWANI bertajuk “Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia” melaporkan :
“Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Pengesahan yang dibuat veteran UMNO itu sekali gus menamatkan segala spekulasi yang kedengaran sebelum ini.
“Memang benar (dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia),” kata Tajuddin kepada portal berita Malaysiakini.”
(Link Laporan : https://www.astroawani.com/…/sah-tajuddin-abdul-rahman…)
2. Lanjutan daripada pengesahan lantikan TAJUDDIN ABDUL RAHMAN sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, pelbagai pihak dari setiap lapisan masyarakat telah membangkitkan kritikan di atas keputusan itu, dengan merujuk kepada pelbagai sejarah tidak sihat melibatkan Ahli Dewan Rakyat Pasir Salak itu, antaranya tingkahlakunya di Parlimen yang tidak memberi sumbangan sihat kepada fungsi sebenar Parlimen serta cara beliau megendalikan Sidang Media dikendalikannya pada 26.05.2021 berhubung kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang akhirnya mengakibatkan TAJUDDIN ABDUL RAHMAN diberhentikan dari jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd berkuatkuasa 26.05.2021.
(Link Laporan : https://says.com/my/news/tajuddin-s-sexist-kok-remark, https://www.sinarharian.com.my/…/Sidang-media-memalukan… & https://www.bharian.com.my/…/khidmat-tajuddin-sebagai…)
3. Namun, ZAHIDI ZAINUL ABIDIN, Ahli Dewan Rakyat Padang Besar, dalam mempertahankan pelantikan TAJUDDIN ABDUL RAHMAN itu telah dipetik oleh MALAYSIAKINI 20.05.2022 bertajuk “Zahidi: Sebagai pengerusi BBC, Tajuddin perlu ada jawatan”, sebagai berkata :
“Mempertahankan pelantikan itu, Zahidi berkata ia sesuatu yang wajar dengan mengambil kira kedudukan Tajuddin sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
“Satu lagi, Tajuddin adalah pengerusi BBC jadi sesuailah dia dilantik ke mana-mana jawatan.
“Untuk jalankan tugas sebagai pengerusi BBC dia mesti berjawatan. Mana mungkin dia nak buat kerja (sebagai pengerusi), dengan soal peruntukan dan sebagainya,” katanya kepada Malaysiakini.”
4. FIKIRAN SALAH seperti yang ditampilkan oleh ZAHIDI ZAINUL ABIDIN inilah yang secara berterusan menjadi “BATU PENGHALANG” kepada kemajuan kematangan pemimpin politik di negara ini yang turut sama menjadi sebab mengapa Parlimen Malaysia dan politik negara berada di tahap “dunia ketiga”, dan memualkan Rakyat ke tahap yang terlampau buruk.
5. Antara PERSOALAN yang tidak akan terijawab oleh ZAHIDI ZAINUL ABIDIN adalah :
a. Atas peruntukan undang-undang manakah yang memerlukan Pengerusi BBC (Back Benchers Club) Dewan Rakyat perlu diberi jawatan ??!!
b. Adakah keperluan memberi jawatan semata-mata kerana perolehan peruntukan dan bukannya kebolehan dalam perkhidmatan jawatan lantikan itu ??!!
c. Apakah itu secara khusus perkhidmatan yang ditawarkan oleh seseorang Pengerusi BBC yamg mewajibkan keperluan peruntukan dana ??!!
d. Kalau pun sememangnya ada keperluan peruntukan itu, bukankah itu urusan Dewan Rakyat bagi mengiktiraf kedudukan Pengerusi BBC, dan mengadakan peruntukan pembayaran melalui Akta yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sendiri ??!!
d Bukankah perolehan peruntukan untuk Pengerusi BBC melalui pelantikan kepada jawatan-jawatan seperti Duta Besatr itu, satu cara PINTAS dan SALAH dalam menyalahgunakan DANA RAKYAT ??!!
e. Bukankah kedudukan sebagai Pengerusi BBC yang pada hakikatnya adalah pelntikan oleh PARTI POLITIK yang menguasai kerajaan TIDAK BOLEH disalahgunakan untuk perolehan DANA RAKYAT melalui pelantikan politik ??!!
6. Kesemua PERSOALAN di atas menzahirkan FIKIRAN DAN MENTALITI di pihak ZAHIDI ZAINUL ABIDIN yang DANGKAL, SALAH dan KHILAF yang tidak dapat bezakan peranan bagi kepentingan PARTI dan kepentingan RAKYAT, yang sepatutnya adalah untuk mengisi jawatan awam seperti lantikan DUTA BESAR berpandukan kebolehan dan merit !
7. Hatta, FIKIRAN SALAH tanpa asas perundangan seperti yang ditampilkan oleh ZAHIDI ZAINUL ABIDIN inilah yang menzahirkan KETANDUSAN KEMATANGAN ahli politikus negara yang sedia ada pada masa kini, dan menjadi punca kehilangan keyakinan Rakyat kepada sistem politik negara yang bertaraf “negara dunia ketiga” ini !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
WAJIB TONTON:
