Felda bakal tubuh parti sendiri?

Mesyuarat agung tahunan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) pada Selasa mengusulkan untuk persatuan itu mengkaji bagi menubuhkan parti Keluarga Felda SeMalaysia. Sumber (gambar): Fail TTF

فيلدا باكل توبوه ڤرتي سنديري؟

Ketika suasana politik negara agak suram daripada isu-isu panas, timbul cadangan penubuhan parti baharu bagi mewakili generasi peneroka serta menjadi suara dan naungan kepada masyarakat peneroka.

Perkara itu disuarakan oleh tokoh korporat, Tan Sri Rozali Ismail yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd.

“Usul ini akan dibawa ke majlis tertinggi pengurusan GWGF minggu hadapan kerana kita mempunyai 17 persatuan di bawah GWGF bagi membincangkan dengan teliti sama ada usul ini dapat dilaksana bagi kebaikan masyarakat Felda dan golongan buruh di Malaysia,” katanya pada Rabu.


SHAH ALAM: Ketika suasana politik negara agak suram daripada isu-isu panas, timbul cadangan penubuhan parti baharu bagi mewakili generasi peneroka serta menjadi suara dan naungan kepada masyarakat peneroka.

Perkara itu disuarakan oleh tokoh korporat, Tan Sri Rozali Ismail yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd.




Rozali berkata, hasrat berkenaan timbul selepas mesyuarat agung tahunan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) pada Selasa yang mengusulkan untuk persatuan itu mengkaji bagi menubuhkan parti Keluarga Felda SeMalaysia.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Bagaimanapun katanya, parti yang dicadangkan itu lebih kepada parti buruh disebabkan majoriti penduduk Felda adalah golongan buruh dan penubuhannya bermatlamat untuk membela generasi buruh yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana.

“Usul ini akan dibawa ke majlis tertinggi pengurusan GWGF minggu hadapan kerana kita mempunyai 17 persatuan di bawah GWGF bagi membincangkan dengan teliti sama ada usul ini dapat dilaksana bagi kebaikan masyarakat Felda dan golongan buruh di Malaysia,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pas pula dilapor masih berharap kerjasama politik antara parti besar Melayu untuk kepentingan negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, parti itu masih belum tutup buku dalam hal tersebut.

“Bagaimanapun, jika UMNO berpendapat tidak perlu lagi kerjasama, mereka boleh tutup buku sendiri,” katanya.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...