“… apa yang saya lihat meyakinkan saya bahawa kerajaan pimpinan Anwar tidak berminat untuk mendengar sebarang cadangan dari mana-mana pihak, dan yang paling menyedihkan…” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Ramai menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan pendendam kerana menumpu terlalu banyak tenaga terhadap usaha memburukkan dan menghukukum pemimpin pembangkang.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Pakatan Harapan melabelkan pemimpin UMNO sebagai “Kleptokrat,” “pencuri” dan “penyangak,” di samping mengaitkan kerajaan pimpinan UMNO dengan gejala rasuah dan politik wang.
DAP pula mengaitkan UMNO dengan politik ekstrimis kaum dan agama, dan buktinya ucapan Lim Guan Eng pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor pada 10 November 2019.
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Menurut Guan Eng, pemimpin UMNO menabur fitnah dan melakukan pembohongan berbaur perkauman bagi menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat.
Katanya, sentimen ekstremis perkauman yang dimainkan itu amat berbahaya kepada sistem perpaduan negara.
Manakala itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dikaitkan dengan skandal LCS oleh Anwar sendiri, Anthony Loke, Rafizi Ramli dan Fahmi Fadzil, dan selepas mendedahkan bukti hitam putih penglibatan Zahid, Pakatan Harapan berjanji untuk bertindak terhadapnya jika menjadi kerajaan.
Namun, selepas UMNO ‘berkahwin’ dengan Pakatan Harapan, parti itu tiba-tiba menjadi ‘putih berseri dan suci tahap dewa’, dengan Zahid dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilepaskan daripada tuduhan jenayah walaupun terbukti kes prima facie.
Perikatan Nasional pula menjadi ‘mangsa baru’ Pakatan Harapan menggantikan UMNO, dan ramai pemimpinnya dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan.
Ada di antara tuduhan ini didapati “tidak berasas” oleh mahkamah, dan ada pula bersandar kepada undang-undang yang Pakatan Harapan sendiri mengaku bersifat “draconian” dan perlu dimansuhkan.
Pakatan Harapan dilihat tidak kisah dengan rungutan majoriti rakyat, yang kini berdepan dengan pelbagai krisis dan kemudaratan, termasuk krisis matawang dan ekonomi yang terburuk dalam sejarah, di samping krisis bekalan bahan makanan asas yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Menteri kerajaan seolah-olah tidak berfungsi atau tidak tahu apa yang harus dilakukan, dan kementerian yang paling penting dalam pada berlakunya krisis bahan makanan asas masih “tidak bermenteri,” walaupun sudah empat bulan penyandang terdahulu meninggal dunia.
Pendek kata, negara kita sedang mengalami suasana ‘kecemasan luar biasa’ bersempadankan Darurat di bawah pentadbiran yang tidak lagi mampu menjamin kesejahteraaan dan kebajikan rakyat.
Memandangkan tiada sebarang langkah penambahbaikkan berlaku dalam tempoh setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, saya mengambil pendekatan “menegur secara kosntruktif” dengan harapan berlaku perubahan positif demi rakyat.
Namun, apa yang saya lihat meyakinkan saya bahawa kerajaan pimpinan Anwar tidak berminat untuk mendengar sebarang cadangan dari mana-mana pihak, dan yang paling menyedihkan…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
