Empat sebab munasabah kenapa sesetengah pihak mungkin ragui kenyataan Anwar, Zahid berhubung ‘titah kerajaan perpaduan’

“Banyak sangat penipuan Anwar dan Zahid sebelum dan selepas PRU15 yang boleh saya buktikan, dan disebabkan penipuan-penipuan ini, amat sukar bagi saya mempercayai apa jua yang dikatakan mereka”

Raggie Jessy Rithaudeen

امڤت سبب مناسبه كناڤ سستڠه ڤيهق موڠكين راڬوءي كڽاتأن انور، زاهيد برهوبوڠ ءتيته كراجأن ڤرڤادوانء

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Ada empat sebab utama kenapa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa “Agong menititahkan tubuh kerajaan perpaduan” mungkin diragui sesetengah pihak:

SEBAB PERTAMA

Menurut laporan Utusan Malaysia bertarikh 9 Jun 2023, penubuhan Kerajaan Perpaduan sudah pun dirancang sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu didedahkan oleh bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata, beliau sendiri terlibat dalam perancangan itu dan diminta untuk menandatangani dokumen yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.




“Saya pun terlibat, saya dibawa jumpa Anwar, Anthony Loke dan pemimpin Amanah, di rumah seorang kerabat diraja, siapa? Saya tidak boleh beritahu. Saya yang menandatangani untuk Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri, nak Barisan Nasional, Pakatan Harapan ni bergabung sama,” Tajuddin dilaporkan sebagai berkata.

TONTON: SYABAS, PH-BN KERANA BERJAYA JADIKAN SANUSI ‘HERO RAKYAT’ MENJELANG PRN

Berdasarkan laporan ini:

1.     Penubuhan Kerajaan Perpaduan dirancang sebelum PRU15, sepertimana juga dalam tajuk laporan.

2.     Kerabat Diraja dikaitkan dalam perancangan ini

3.     Namun, perancangan ini tidak melibatkan Perikatan Nasional (berdasarkan pendedahan Tajuddin)

Ini tidak menepati definisi sebenar “Kerajaan Perpaduan” yang diterima pakai secara universal, iaitu sebuah kerajaan yang ditubuhkan dalam suasana tidak ada pembangkang atau puak pembangkang terlalu kecil dan hampir boleh diabaikan.

Ini mencadangkan kepimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak faham definisi “Kerajaan Perpaduan” yang diguna pakai secara universal.

Loading...

SEBAB KEDUA

Kerajaan yang ditubuhkan selepas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak diwakili oleh Perikatan Nasional, iaitu gabungan pembangkang kedua terbesar yang memegang 33.33 peratus kerusi di Dewan Rakyat.

Jumlah ini cukup besar, namun Anwar tetap melabelkan kerajaan pimpinannya sebagai “Kerajaan Perpaduan” dan menggunakan label ini ketika menyuarakan hasratnya untuk mematuhi titah Yang Di-Pertuan Agong berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Begitu juga, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melabelkan kerajaan pimpinan Anwar sebagai “Kerajaan Perpaduan” dan menggunakan label ini ketika menyuarakan hasratnya mematuhi titah Yang Di-Pertuan Agong berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Ini bermakna, Anwar dan Zahid berpendapat bahawa definisi “Kerajaan Perpaduan” boleh diguna pakai untuk kerajaan campuran yang dibentuk bersama oleh Pakatan Harapan, Barisan Nasional, GPS dan GRS tanpa Perikatan Nasional, sebuah gabungan pembangkang yang besar.

Pada pengamatan saya, ini tidak betul.

Jika inilah cara Anwar dan Zahid berfikir, maka saya khuatir mereka menggunakan definisi yang sama apabila mengumumkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong menitahkan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Ini sebab kedua saya tidak yakin dengan kenyataan Anwar dan Zahid – saya tidak percaya Yang Di-Pertuan Agong memaksudkan “Kerajaan Perpaduan” tanpa penglibatan Perikatan Nasional apabila Seri Paduka Baginda Tuanku barbicara dengan Anwar dan Zahid sebelum pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

SEBAB KETIGA

Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mendedahkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong mencadangkan penglibatan Perikatan Nasional dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun, sebaik selepas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kenyataan rasmi pihak Istana Negara tidak merujuk kepada penubuhan “Kerajaan Perpaduan,” tetapi sebaliknya, “Kerajaan yang stabil.”

Ini mengukuhkan keyakinan saya bahawa Yang Di-Pertuan Agong faham istilah “Kerajaan Perpaduan” yang diguna pakai secara universal dan tahu bahawa kerajaan yang bakal terbentuk tanpa Perikatan Nasional bukannya “Kerajaan Perpaduan.”

Ini mengukuhkan lagi keraguan saya terhadap kenyaatan Anwar dan Zahid.

SEBAB KEEMPAT

Banyak sangat penipuan Anwar dan Zahid sebelum dan selepas PRU15 yang boleh saya buktikan, dan disebabkan penipuan-penipuan ini, amat sukar bagi saya mempercayai apa jua yang dikatakan mereka.

Saya percaya ramai sependapat dengan saya dalam hal ini.

Atas sebab-sebab inilah saya selalu tegaskan bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak mungkin menitahkan penubuhan “kerajaan perpaduan PH-BN,” kerana saya yakin, Seri Paduka Baginda Tuanku maksudkan Kerajaan Perpaduan dalam ertikata sebenar, andai kata benar titah sebegitu dikeluarkan sebelum atau sebaik selepas PRU15.

#PMX #Anwar #Zahid #KerajaanPerpaduan #PerikatanNasional #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...