Ekonomi belum pulih, apa Kerajaan PH-BN buat? – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

ايكونومي بلوم ڤوليه، اڤ كراجأن ڤه-بن بوات؟ – محي الدين

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Pengkelasan penduduk di negara ini berdasarkan pendapatan isi rumah mengikut peratus masing-masing iaitu B40, M40 dan T20, telah berubah akibat daripada pandemik COVID-19 yang berlaku.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, krisis kesihatan tersebut menjadi krisis ekonomi yang menyebabkan peratusan kemiskinan menjadi bertambah kepada B61, M18 dan T21.

Menurut beliau, data daripada kajian badan bebas tersebut mendapati orang Melayu adalah kaum terbanyak dalam kelompok B61 itu di mana jatuh miskin disebabkan tiada pendapatan kerana dibuang kerja.

Namun kesali beliau, dalam keadaan kesan tersebut masih berlaku ke atas rakyat, Kerajaan Madani kini tidak membawa sebarang langkah jangka pendek atau sederhana mahupun panjang bagi pemulihan.


SEREMBAN: Pengkelasan penduduk di negara ini berdasarkan pendapatan isi rumah mengikut peratus masing-masing iaitu B40, M40 dan T20, telah berubah akibat daripada pandemik COVID-19 yang berlaku.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, krisis kesihatan tersebut menjadi krisis ekonomi yang menyebabkan peratusan kemiskinan menjadi bertambah kepada B61, M18 dan T21.




TONTON: MUSUH TERBESAR ANWAR MULUT DIA SENDIRI, RAKYAT DAH TAK PERCAYA TEMBERANG PH-BN

Menurut beliau, data daripada kajian badan bebas tersebut mendapati orang Melayu adalah kaum terbanyak dalam kelompok B61 itu di mana jatuh miskin disebabkan tiada pendapatan kerana dibuang kerja.

“Tak cukup makanan, tak dapat menyara keluarga, tak boleh bantu anak masuk universiti, tak boleh membiayai kos-kos hidup yang lain. Semakin hari semakin meningkat dan bertambah,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas Perdana Menteri itu berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat anjuran PN di Senawang, di sini malam tadi.

Katanya, dalam keadaan krisis yang penuh kesulitan itu, tetapi kerana ianya melibatkan kepentingan kehidupan dan nyawa rakyat, maka Kerajaan PN telah mengambil langkah berani ke Parlimen.

Jelas beliau, usul Rang Undang-undang untuk menguruskan masalah ketika itu dengan belanja RM350 bilion telah dibentangkan di mana sebahagian dalam bentuk fiskal dan lainnya berupa bantuan institusi kewangan.

Terangnya, moratorium diberikan dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dibenarkan di samping lapan Pakej Rangsangan Ekonomi diadakan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Kata Muhyiddin, semua itu tidak dibuat sekadar memandai atau bicara di lidah, tetapi berdasarkan fakta dan kajian serta pertemuan dengan rakyat memahami masalah sedang mereka alami.

Loading...

“Isu dan masalah mereka ialah kos sara hidup. Apa makna kos sara hidup? Kos harga bahan-bahan baik makanan, bukan makanan ataupun perkhidmatan dan sebagainya sudah naik,” ujarnya.

Beliau bersetuju bahawa keadaan tersebut juga disebabkan keadaan pasaran atau di dalam ekonomi wujudnya penawaran dan permintaan di mana menjadi peranan dan tanggungjawab kerajaan untuk menstabilkannya.

Tindakan-tindakan kerajaan ketika itu ujarnya, bagi memastikan masalah setiap keluarga diatasi dan supaya ada makanan secukupnya di meja mereka, termasuk menangani masalah ekonomi yang lebih besar.

Maklum beliau, Jawatankuasa Tindakan Ekonomi yang dibentuk ketika itu bersidang setiap minggu meneliti isu dan masalah dengan membawa penyelesaian untuk tindakan pelbagai kementerian dan agensi.

Namun kesali beliau, dalam keadaan kesan tersebut masih berlaku ke atas rakyat, Kerajaan Madani kini tidak membawa sebarang langkah jangka pendek atau sederhana mahupun panjang bagi pemulihan.

Bidasnya, walaupun sudah enam bulan memerintah, kerajaan hari ini terus membawa kebimbangan yang menjadikan keadaan negara semakin merosot dan kehidupan rakyat terus menderita.

“Rakyat tak boleh tahan hidup sebegini, daif dan seksa. Tak ada satu idea, (tapi) banyak sebut formula-formula. Formula tapi tak ada apa-apa. Bercakap selalu tapi lepas itu tak
laksanakan. Bohong seribu kali.

“Saya tak pernah tengok keadaan sebuah kerajaan di mana ramai pemimpin cakap tapi tak serupa bikin,” ujarnya mengimbas keadaan luar biasa dihadapi Kerajaan PN ketika menguruskan krisis dahulu berbanding tindakan ‘luar biasa’ kerajaan kini.

Sumber:

#PMX #Muhyiddin #KWSP #PRN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...