Dulu mati-matian tolak SOSMA, kononnya ‘langgar hak asasi’, tiba-tiba menteri PH pertahan SOSMA

Seorang menteri Pakatan Harapan mempertahankan SOSMA dengan hujah yang terang-terang bercanggah dengan apa yang diperjuangkan selama ini. Sumber (gambar): TTF

دولو ماتي-ماتين تولق سوسم، كونونڽ ءلڠڬر حق اساسيء، تيبا-تيبا منتري ڤه ڤرتاهن سوسم

Media melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketika ditanya pemberita sama ada Sosma akan dikaji semula, beliau mempertahankannya dengan berkata “undang-undang membenarkan proses mahkamah berlaku”.

Namun, pada 24hb Mac 2022, Dr Kelvin Yii Lee Wuen dari DAP menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) sejak dahulu lagi konsisten dengan pendirian bahawa SOSMA merupakan akta yang bersifat draconian dan jelas sekali melanggar hak asasi manusia dan menzalimi rakyat.

Malah, pada 26hb Julai 2022, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) terdahulu tidak pernah cuba memansuhkan atau meminda SOSMA, Khalid Samad mengingatkan Muhyiddin bahawa Kabinet pada ketika itu memutuskan untuk mengkaji semula Sosma dan beberapa bahagian di bawahnya yang disifatkan sebagai tidak beretika.


Media melaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Ketika ditanya pemberita sama ada Sosma akan dikaji semula, beliau mempertahankannya dengan berkata “undang-undang membenarkan proses mahkamah berlaku”.




“Pada penghujung 28 hari, hanya ada dua syor untuk tahanan (di bawah Sosma), iaitu sama ada mendakwa mereka di mahkamah atau membebaskan mereka,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.

“Orang ramai suka membandingkan Sosma dengan undang-undang pencegahan lain, walaupun Sosma bukan peruntukan pencegahan.”

Beliau menegaskan bahawa orang ramai ditahan di bawah Sosma berikutan risikan dan bukti yang boleh dipercayai dan ia demi keamanan dan keselamatan negara.

“Akar Sosma adalah untuk memastikan keselamatan awam,” katanya.

Namun, pada 24hb Mac 2022, Dr Kelvin Yii Lee Wuen dari DAP menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) konsisten dengan pendirian bahawa SOSMA merupakan akta yang bersifat draconian dan jelas sekali melanggar hak asasi manusia dan menzalimi rakyat.

“Akta ini juga jelas tidak sehaluan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedaulatan kepada prinsip-prinsip demokrasi seperti hak bersuara dan hak berhimpun.

“Justeru akta ini haruslah ditolak – lebih-lebih lagi apabila undang-undang ini boleh disalah guna oleh pemimpin-pemimpin zalim yang cuba menahan individu berlainan pendapat dan ideologi politik,” kata Kelvin.

Loading...

Menurutnya, penahanan Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Maria Chin Abdullah, peguam Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jelas menunjukkan akta ini boleh disalah gunakan dan harus ditentang.

Kelvin menambah, Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code) untuk menahan mana-mana suspek dalam isu kesalahan keselamatan.

“Di bawah Kanun Prosedur Jenayah (Criminal Procedure Code), sebelum tamat tempoh 24 jam, pihak PDRM boleh memohon untuk melanjutkan penahanan melalui permohonan reman di hadapan Majistret. Untuk kes-kes berat, tempoh reman yang diberikan adalah selama 7 hari, dan boleh dilanjutkan sehingga tempoh maksimum iaitu selama 14 hari.

“Ini jelas sekali memadai dan jika kita bandingkan dengan negara maju yang lain, tempoh penahanan individu selama 28 hari di bawah SOSMA ini adalah melampau dan zalim berbanding dengan negara Australia sebanyak 7 hari dan England dan Wales selama 14 hari.”

Sebenarnya, apa yang dijelaskan oleh Kelvin merupakan hujahan yang selalu diketengahkan oleh Pakatan Harapan sejak SOSMA mula-mula diperkenalkan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, pada 26hb Julai 2022, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) terdahulu tidak pernah cuba memansuhkan atau meminda SOSMA, Khalid Samad mengingatkan Muhyiddin bahawa Kabinet pada ketika itu memutuskan untuk mengkaji semula Sosma dan beberapa bahagian di bawahnya yang disifatkan sebagai tidak beretika.

Namun, hari ini, seorang menteri Pakatan Harapan mempertahankan SOSMA dengan hujah yang terang-terang bercanggah dengan apa yang diperjuangkan selama ini.

Apakah DAP bersetuju dengan perkembangan ini?

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...