Doktor beri amaran gelobang Covid-19 baru, namun ahli politik BN, PN masih khusyuk berpolitik di Melaka

Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri), Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan). Sumber (gambar): FMT

دوكتور بري امران ڬلوبڠ چوۏيد-19 بارو، نامون اهلي ڤوليتيك بن، ڤن ماسيه خشوق برڤوليتيك د ملاك

Seorang doktor yang bertugas di hospital Sungai Buloh memberi amaran mengenai kemungkinan gelombang baru Covid-19, namun ahli-ahli politik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional khusyuk berpolitik di Melaka tanpa memandang serius amaran tersebut.

Sebelum ini, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional mencetuskan Pilihan Raya Negeri Sabah apabila pemimpin-pemimpin tertentu daripada kedua-dua gabungan itu cuba menyah-stabilkan kerajaan pimpinan WARISAN dengan ‘mencuri’ ADUN-ADUN dari parti itu.

Sebaik selepas Pilihan Raya Negeri Sabah berakhir, angka Covid-19 melonjak naik tak tentu hala dan rakyat di seluruh negara dibebankan menerusi penguatkuasaan “Total Lockdown Separuh Masak” yang memudaratkan rakyat dan pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

Sementara itu, media sosial dipenuhi gambar-gambar dan video Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Melaka, dilihat menghadiri pelbagai ‘acara’ walaupun SOP yang ditetapkan melarang semarang bentuk kempen sebelum Pilihan Raya Negeri 20hb November ini.

Menurut Malaysiakini, Dr Azfar Kamal menjelaskan dalam satu ciapan Twitter, wad rawatan biasa dan unit rawatan rapi untuk pesakit Covid-19 di hospital itu semakin meningkat dengan pesakit kategori 4 dan kategori 5.

Kategori 4 merujuk kepada pesakit yang bergejala, mengalami radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, manakala kategori 5 merujuk kepada pesakit yang kritikal.

“Rakyat Malaysia yang dihormati. Tolong waspada kita menjangkakan gelombang seterusnya Covid-19 pada Disember,” katanya.

Sebelum ini, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional mencetuskan Pilihan Raya Negeri Sabah apabila pemimpin-pemimpin tertentu daripada kedua-dua gabungan itu cuba menyah-stabilkan kerajaan pimpinan WARISAN dengan ‘mencuri’ ADUN-ADUN dari parti itu.

Kesemua ini gara-gara pergelutan dalaman antara pucuk pimpinan UMNO dan PPBM berhubung jawatan Ketua Menteri Sabah tanpa mengambil kira risiko penularan wabak Covid-19 disebabkan kempen Pilihan Raya.

Sebaik selepas Pilihan Raya Negeri Sabah berakhir, angka Covid-19 melonjak naik tak tentu hala dan rakyat di seluruh negara dibebankan menerusi penguatkuasaan “Total Lockdown Separuh Masak” yang memudaratkan rakyat dan pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

Terdapat banyak bukti video dan bergambar menunjukkan aksi kempen pilihan raya yang melanggar pelbagai SOP melibatkan ahli-ahli politik Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Namun, rakyat terus diugut dan diingatkan untuk mematuhi SOP, seolah-olah gelombang yang tercetus selepas Pilihan Raya Negeri Sabah disebabkan kecuaian rakyat, bukannya ahli-ahli politik.

Loading...

Gelombang yang dimaksudkan masih belum reda sepenuhnya walaupun lebih 95 peratus daripada kalangan dewasa di negara ini sudah divaksin penuh.

Sementara itu, media sosial dipenuhi gambar-gambar dan video Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Melaka, dilihat menghadiri pelbagai ‘acara’ walaupun SOP yang ditetapkan melarang semarang bentuk kempen sebelum Pilihan Raya Negeri 20hb November ini.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Peluang UMNO tipis, Najib dah tahu

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...