Di manakah Tony Pua bila DAP setuju kerjasama dengan kelptokrat baru-baru ini?

Di manakah Tony Pua bila kedua-dua Zahid dan Nga Kor Ming Nga Kor Ming, yang merupakan sekutu rapat Lim Guan Eng, merestui kemungkinan berlaku kerjasama antara UMNO dan DAP? Sumber (gambar): TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

د مانكه توني ڤوا بيلا دڤ ستوجو كرجاسام دڠن كلڤتوكرت بارو-بارو اين؟

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini mendakwa, tindakan menggulingkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

Jelasnya, ini kerana UMNO telah meletakkan kedudukan mereka untuk mengambil alih jawatan tersebut jika Muhyiddin meletakkan jawatan.




“Tidakkah sekiranya nanti beliau (Muhyiddin) mengundurkan diri atau meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO dilihat lebih mudah dalam mengatur kedudukan untuk mereka menerajui jawatan PM?

“Sekiranya, mana-mana pemimpin UMNO menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin juga memperoleh kembali kuasa),” tulisnya.

Saya ingin mengajukan beberapa soalan buat Tony Pua:

1. Di manakah Tony Pua bila rakaman audio Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tular dengan pengakuan bahawa Zahid berbincang dengan Nga Kor Ming berhubung kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan?

2. Di manakah Tony Pua bila kedua-dua Zahid dan Nga Kor Ming, yang merupakan sekutu rapat Lim Guan Eng, merestui kemungkinan berlaku kerjasama antara UMNO dan DAP?

3. Kenapa Tony Pua tidak menegur DAP pada ketika itu kerana berunding dengan kleptokrat atau membuat kenyataan yang senada dengan kleptokrat?

4. Kenapa Tony Pua tidak menegur kepimpinan pusat DAP yang dilihat diam berhubung perkara ini, seolah-olah merestui cadangan kerjasama DAP dengan kelptokrat?

Loading...

5. Siapa yang beritahu Tony Pua bahawa UMNO akan kuasai kerajaan jika Perikatan Nasional tumbang?

Sila jawab lima soalan ini.

WAJIB BACA:

Muhyiddin melakukan kesalahan jenayah jika tidak buat laporan polis



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...