DEMI!!!

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

دمي!!!

1.     Demi

Demi Kuasa

Demi Ketuanan




Demi Bangsa

Demi  Negara

Demi  Islam

Demi Melayu

Demi . . . . . . .

2.   Selain dari Demi itu dan Demi ini, satu lagi slogan yang tak asing ialah :

‘Tidak Melayu

Loading...

Hilang  Di Dunia’

3.  ‘Hidup Melayu

‘Allahuhakbar’ !!!

itulah teriakan yang selalu dimainkan ke telinga para Perwakilan dan di tayang secara langsung oleh semua  stesen TV semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO  dan PAS berlangsung.

4.  Tak cukup dengan berbagai slogan, mereka khususnya UMNO akan beramai – ramai menyanyikan dengan penuh semangat , malah ada yang mengalirkan air mata  lagu wajib parti tersebut:

i.      ‘Bersatu

Bersetia

Berkhidmat’

 

ii.     ‘Anak Kecil

Bermain Api’

5.  Jika diikuti ucapan Perasmian dan Penggulungan oleh Presiden  dan kebanyakan Ahli – Ahli  Kerja Tertinggi yang juga Menteri Kabinet, ia membuatkan orang Melayu  terlena diatas buaian seolah – olah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

6.  Kebanyakan Perwakilan yang berucap pula bukan sahaja tidak berani berterus terang tapi lebih kepada menjaga periuk nasi mereka sehingga mereka lupa atau tidak peduli segala janji yang dilafazkan pada Perhimpunan sebelum itu.

7.  Kira – kira 30 tahun  lepas Tun Dr. Mahathir telah berterus terang MENGINGATKAN  kita  bahawa pada tahun 2020 atau mungkin  awal lagi orang Melayu  AKAN MENOLAK  UMNO kerana katanya ketika itu pemimpin – pemimpinnya TIDAK  lagi  berjuang untuk bangsa ; mereka berebut – rebut kuasa dan melakukan  rasuah  untuk kepentingan diri dan keluarga.

8.  Ingatan Tun menjadi kenyataan apabila buat pertama kali sejak penubuhan UMNO  pada tahun 1946, oleh kerana bencinya kepada sikap pemimpin – pemimpin,  orang Melayu MENOLAK  UMNO  pada Pilihanraya Umum ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu ,  9hb Mei 2018,

9.   Oleh kerana MEMERLUKAN  sokongan orang Melayu yang telah jauh hati, kini TANPA  SEGAN  SILU pemimpin – pemimpin UMNO  mula  MENIUP SERULING  dengan harapan tikus – tikus yang  BOLEH  DIPERBODOHKAN  LAGI akan  mengikut mereka  sehingga mati kelemasan di dalam longkang.

10.  Kata mereka TANPA UMNO  orang Melayu akan jadi pengemis di Tanahairnya sendiri.

11.  Yang sebenarnya  pemimpin – pemimpin UMNO  lebih senang jika orang Melayu terus miskin kerana dengan itu orang Melayu akan terus sokong mereka apabila dicampakkan gula – gula.

12.   Jika hilang sokongan , yang hilang  ‘REZEKI’ ialah pemimpin bukan rakyat.

13.  ORANG  MELAYU  MESTI  BERANI  DAN  TIDAK  MEMBENARKAN  LAGI  DIRI  DARI  TERUS   DITIPU  OLEH  PEMIMPIN – PEMIMPIN  MELAYU  SENDIRI.

14.  Hari ini orang Melayu  di tiup  dengan semangat  takut dan benci kepada parti DAP dengan berbagai FITNAH kononnya Parti tersebut

i.    anti Melayu

ii.   anti  Islam

iii.  anti Raja – Raja

iv.  anti itu dan ini

15.  Fitnah  ini samalah dengan  ibu bapa menakutkan anak – anak  mereka  kononnya ada hantu atau penunggu  di sebatang pokok di hadapan rumah mereka  sedangkan ia hanya satu taktik sahaja bagi menghalang si anak  keluar rumah  pada waktu malam ; akibatnya bukan sahaja si anak malah ibu bapa pun turut percaya ciptaan  mereka itu.

16.  Kelemahan pemikiran  dan sikap  sambil lewa sebahagian besar  orang Melayu adalah akibat sisa – sisa  pengaruh penjajah Inggeris.

17.  Mereka didorongkan  lebih kepada SENI  DAN  BUDAYA, digalakkan bercucuk tanam dan menangkap ikan secara kecil – kecilan  sedangkan mereka yang mendatang seperti orang Cina dan India  TERPAKSA   bekerja keras tambah pula TIDAK  ADA  DASAR  EKONOMI  KHAS  seperti  Dasar Ekonomi Baru ( DEB )  dan lain – lain Dasar  dan kemudahan termasuk pembelajaran.

18.   Apabila Tun menggunakan istilah  ‘MALAS’  sebahagian  orang Melayu marah, melenting dan naik angin tetapi yang sebenarnya  Tun MAHU  MELIHAT  lebih ramai lagi  orang Melayu  RAJIN  DAN  BERJAYA   dari rakyat Malaysia  yang lain – itu adalah CABARAN  BUKAN  KUTUKAN.

19.   Sudah sampai masanya kita orang Melayu  BERHENTI  menyalahkan orang lain  diatas kelemahan kita sendiri.

20.  Biarlah pantun  yang pernah dibisikkan oleh Penjajah Inggeris ke telinga datuk nenek kita dahulu  dijadikan  CABARAN  bagi kita  untuk lebih maju dan berjaya kini dan selama – lamanya:

‘Buai Laju Laju

Sampai Pokok Sena

Jika Beli Maju

Pergi Kedai Cina’

21.  ALLAH  SWT  MENJADIKAN  KITA   BERBAGAI – BAGAI  AGAR  KITA  MENGHORMATI  DI ANTARA  SATU  DAN LAIN.

22.  ALLAH  SWT  JUGA  TIDAK  AKAN  MENGUBAH  NASIB  SESUATU  KAUM  JIKA  KAUM  TERSEBUT  TIDAK  MEMBUAT  PERUBAHAN  SENDIRI.

23.   JANJI  ALLAH  SWT  NERAKA  JAHANAM  BAGI  MEREKA  YANG   TIDAK  BERAMANAH, MENGAMBIL  KESEMPATAN   SECARA TERANG – TERANGAN  DAN  SULIT;

‘Buai Tinggi Tinggi

Sampai Cucur  Atap

Baru  Tumbuh Gigi

Dah Pandai Songlap

24.   Semoga mulai  tahun ini  2021 kita akan menyaksikan  Negara  terkeluar dari segala malapetaka politik dan ekonomi.

SELAMAT  MENYAMBUT  TAHUN  BARU.

Wassalam

Terima Kasih.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...