‘Dato Hamidah Osman oportunis politik, kaki penipu besar’

Khairuddin Abu Hassan

ءداتوء حميدة عثمان اوڤورتونيس ڤوليتيك، كاكي ڤنيڤو بسرء

Tun Dr Mahathir Mohamad amat konsisten dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran khususnya bagi memertabatkan survival Melayu.

Sewaktu perjuangan Deklarasi Rakyat Dato Hamidah Osman terhegeh-hegeh datang ‘menyembah’ Tun Dr Mahathir Mohamad merayu untuk bersama perjuangan mulia bagi menyelamatkan negara kononnya pada waktu itu.




Sewaktu itu Dato Hamidah Osman puji Tun Dr Mahathir Mohamad bermati-matian.

Beliau memaki hamun Dato Sri Najib Tun Razak habis-habisan dalam kes skandal 1MDB serta mengutuk pemimpin-pemimpin UMNO yang korup.

Bila parti BERSATU ditubuhkan dan tidak dilantik sebagai Ketua Negeri Perak terus Dato Hamidah Osman meroyan sehingga mengambil keputusan untuk meninggalkan parti BERSATU.

Saya pun orang pertama meninggalkan parti BERSATU tetapi prinsip perjuangan tetap mempertahankan wadah perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesetiaan saya samada di dalam atau di luar parti tetap mempertahankan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri dua kali ini tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Tetapi setelah gagal untuk memperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan jawatan akhirnya Dato Hanidah Osman sekarang ini boleh berbalik kepada Dato Sri Najib Tun Razak bersama pemimpin-pemimpin UMNO lain yang korup yang pernah dikutuk oleh beliau.

Loading...

Sesungguhnya, Dato Hamidah Osman adalah opportunis politik yang cukup bahaya.

Jika kita terserempak dengan ular yang paling berbisa dengan Dato Hamidah Osman; palu lah Dato Hamidah Osman terlebih dahulu kerana beliau lebih berbahaya dari ular yang paling berbisa.

Manusia seperti Dato Hamidah Osman ini tak perlu dilayan.

Beliau bukan ada nilai politik pun tetapi hanya sebagai ‘attention seeker’ untuk cari publisiti murahan saja.

Siapa Dato Hamidah Wahab dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terlalu banyak berjasa kepada bangsa serta negara.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...