Darurat amat perlu untuk atasi kegagalan kerajaan kawal ringgit, ekonomi, kos sara hidup, bekalan makanan asas

TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

1.     Kebelakangan ini, tular di media sosial video-video yang memaparkan adegan rakyat beratur panjang, berpusu-pusu dan tolak menolak hanya untuk mendapatkan sekampit beras tempatan.

2.     Keadaan seumpama ini tidak pernah terjadi dan jelas menunjukkan negara kita sedang berdepan krisis bekalan makanan asas atau makanan ruji yang kritikal.




TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

3.     Bila rakyat berdepan dengan ketidaktentuan bekalan makanan asas untuk kelangsungan hidup, negara berdepan risiko huru-hara, dan ketenteraman serta keselamatan awam tidak lagi terjamin.

4.     Dalam situasi ini, kerajaan dikira gagal melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

6.     Begitu juga, bila kerajaan gagal menangani masalah ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit untuk satu tempoh masa yang lama, kelangsungan hidup rakyat terjejas, dan ketenteraman awam tidak lagi terjamin.

7.     Dalam situasi ini, langkah-langkah kecemasan harus diambil segera menerusi penubuhan jawatankuasa atau majlis tindakan yang sesuai, merangkumi pakar-pakar dan tokoh-tokoh negarawan yang berpengalaman dan tahu apa yang harus dilakukan.

8.     Jawatankuasa atau majlis tindakan ini perlu diberi kuasa luarbiasa menerusi pengisytiharan Darurat, termasuk kuasa mentadbir urus negara.

9.     Untuk itu, kuasa kerjaaan perlu digantung sepanjang tempoh Darurat agar tidak berlaku pertindihan atau konflik peranan apabila jawatankuasa atau majlis tindakan melaksanakan tanggungjawabnya.

10.  Di Malaysia, jika Yang di-Pertuan Agong (ketua negara) berkenaan bahawa ada situasi darurat yang teruk di mana keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, baginda boleh mengeluarkan Pengisytiharan Darurat dimana dalamnya terdapat perisytiharan untuk perkara itu.

Loading...

TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...