DAP Perak mengesahkan Anwar tidak memiliki sokongan majoriti parlimen

Jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, tidak ada keperluan untuk Sivanesan ataupun mana-mana pemimpin DAP berulang kali ‘menegur’ Mahathir seolah-olah mereka takut tidak akan dapat berbuat apa-apa sekiranya Mahathir memutuskan untuk kekal sebagai Perdana Menteri bagi tempoh penuh penggal parlimen ke-14. Sumber (gambar): Fail TTF

اهلي دڤ ڤراق مڠسهكن انور تيدق مميليقي سوكوڠن ماجوريتي ڤرليمين

DAP Perak semalam mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan tidak mampu mengusulkan pemecatan atau pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengesahan ini menjadi nyata apabila Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Datuk A Sivanesan berkata Mahathir akan merosakkan namanya sendiri seandainya tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini.

Kenyataan Sivanesan jelas merupakan rentetan kepada usaha terbuka Anwar bersama kumpulan penyokongnya untuk mengungkit-ungkit isu “peralihan kuasa” biarpun Anwar dan kepimpinan tertinggi DAP bersetuju untuk tidak lagi berbuat demikian.

Tindakan mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa sejak beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 disyaki bertujuan melumpuhkan ekonomi negara agar Mahathir dipersalahkan dan didesak berundur oleh majoriti ahli parlimen.


PETALING JAYA: DAP Perak semalam mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan tidak mampu mengusulkan pemecatan atau pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengesahan ini menjadi nyata apabila Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Datuk A Sivanesan berkata Mahathir akan merosakkan namanya sendiri seandainya tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini.




Ini sekaligus bermakna DAP mengaku Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak mampu menetapkan tarikh pengunduran Mahathir dan tidak akan mengadakan mesyuarat khusus untuk membuat penetapan berkenaan.

Jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, tidak ada keperluan untuk Sivanesan atau mana-mana pemimpin DAP berulang kali ‘menegur’ Mahathir seolah-olah mereka takut tidak akan dapat berbuat apa-apa sekiranya Mahathir memutuskan untuk kekal sebagai Perdana Menteri bagi tempoh penuh penggal parlimen ke-14.

Pada 2hb Januari 2020, saya menulis:

Saya ingin saudara saudari merujuk kepada beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini melibatkan kedua-dua DAP dan Anwar sebelum saya mengemukakan satu persoalan kepada anda semua. Insiden-insiden yang saya maksudkan ialah:

1. Penangkapan empat pemimpin DAP, termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dengan aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, mengalakkan dan mencari dana serta pemilikan item berkaitan dengan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

2. Laporan polis yang saya buat pada 18hb Oktober 2019, di mana saya meminta pihak PDRM bekerjasama dengan pihak Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membekukan akaun-akaun bank milik Ramasamy dan DAP bagi mengesan transaksi kewangan melibatkan mana-mana organisasi pengganas, termasuk LTTE.

3. Beberapa kenyataan yang dibuat oleh Mahathir berhubung “pelan peralihan kuasa,” termasuklah kenyataan terbaru yang dibuatnya pada 14hb Disember 2019, di mana beliau secara terbuka memberikan isyarat bahawa beliau tidak akan membenarkan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Loading...

4. Pembatalan kongres anti-jawi Dong Zong secara paksa oleh PDRM menerusi perintah mahkamah, di mana Dong Zong mendapat sokongan penuh DAP untuk menganjurkan kongres tersebut biarpun ianya haram kerana mempertikaikan secara terbuka penggunaan jawi dalam pembelajaran Bahasa Kebangsaan.

Kesemua di atas merupakan penentangan secara langsung oleh Mahathir terhadap kedua-dua Anwar dan DAP.

Persoalannya:

1. mengapakah DAP dan Anwar berdiam diri?

2. mengapakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak berani mempertikaikan Mahathir dan terpaksa menggunakan Ronnie Liu untuk berbuat demikian?

3. mengapakah Anwar yang kononnya memiliki sokongan ‘lebih 100 ahli parlimen” tidak berani menyelar Mahathir?

4. jika benar Anwar memiliki ‘sokongan lebih 100 ahli parlimen’, mengapakah beliau tidak mendapatkan Akuan Bersumpah daripada mereka? Bukankah Akuan Bersumpah ini akan meyakinkan lebih ramai ahli parlimen untuk menyertai beliau dalam sekelip mata?

5. jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, mengapakah beliau tidak merancang dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk mengusulkan pemecatan Mahathir?

Kenyataan Sivanesan jelas merupakan rentetan kepada usaha terbuka Anwar bersama kumpulan penyokongnya untuk mengungkit-ungkit isu “peralihan kuasa” biarpun Anwar dan kepimpinan tertinggi DAP bersetuju untuk tidak lagi berbuat demikian.

Tindakan mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa sejak beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 disyaki bertujuan melumpuhkan ekonomi negara agar Mahathir dipersalahkan dan didesak berundur oleh majoriti ahli parlimen.

Tindakan ini dilihat berjaya apabila para pelabur mula khuatir politik negara tidak stabil dan boleh meletus pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, majoriti ahli parlimen tidak terbawa-bawa dengan helah ini dan menolak terus usul menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Malah, PKR pada ketika ini berada dalam keadaan carca merba dan berada di bawah penguasaan Datuk Seri Azmin Ali.

Bukti penguasaan ini jelas terpamir ketika kongres parti yang berlangsung Disember lepas dan juga beberapa insiden lain yang jelas menunjukkan sokongan lebih dua per tiga ahli kepimpinan pusat dan majoriti wakil rakyat dari PKR terhadap gandingan Azmin dan Zuraida Kamaruddin.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...