DAP, KERAJAAN MAKIN RASIS – RUMAH SENDIRI TUNGGANG LANGGANG, TAPI SIBUK TEKAN PEMIMPIN MELAYU

“Kerajaan gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bersikap rasis lampau apabila menyekat hak orang Melayu berhimpun secara aman sambil menuduh pemimpin yang terlibat dalam perhimpunan ini sebagai ‘pemecah-belah perpaduan’. Saksikan juga penjelasannya menerusi link yang disediakan (ATAU KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

Saranan setiausaha Agung DAP Anthony Loke agar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengeluarkan sentimen perkauman ‘rekaan’ membuktikan betapa hipokrit dan rasisnya DAP yang seolah-olah takut Melayu-Islam bersatu.

Sepintas lalu, Loke berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Mahathir baru-baru ini, bahawa kaum Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya di negara ini selepas dua kali Pilihan Raya Umum (PRU).




Saya senada dengan Mahathir dalam hal ini, dan berpendapat, bahawa jika DAP, PKR dan UMNO dibiarkan terus mentadbir untuk tempoh lima hingga sepuluh tahun, hak orang Melayu mungkin terhakis buat selamanya.

Lihat sendiri bagaimana kerajaan mengamalkan dasar perkauman tetapi menuding jari terhadap parti pembangkang.

Buktinya, kerajaan telah menghalang sekumpulan Melayu-Islam yang diterajui oleh Mahathir daripada berhimpun secara aman, manakala Ronnie Liu (DAP) menyeru agar Mahathir menghentikan agenda penyatuan Melayu-Islam.

KLIK DI SINI UNTUK PENJELASAN VIDEO

Persoalannya, apakah hanya orang Cina dibenarkan untuk bersatu di negara ini, dan apakah ‘agenda’ penyatuan Melayu-Islam begitu ditakuti oleh kerajaan atau terlarang dalam Perlembagaan Persekutuan?

Barangkali Loke tidak sedar, bahawa kerajaan gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bersikap rasis lampau apabila menyekat hak orang Melayu berhimpun secara aman sambil menuduh pemimpin yang terlibat dalam perhimpunan ini sebagai ‘pemecah-belah perpaduan’.

Saya rasa elok Loke meneliti dulu apa yang berlaku di halaman ‘rumah’ sendiri daripada menjaga tepi kain Melayu-Islam.

Setahu saya, DAP makin diselubungi bayangan Islamophobia dan rasisme sejak Pilihan Raya Umum ke-15, dan ini terbukti menerusi kenyataan-kenyataan Lim Kit Siang, Ramasamy dan Ronnie Liu.

Loading...

Cuba fikir, pernahkah Loke menegur Kit Siang secara terbuka kerana menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam dengan retorika kononnya “gelombang hijau” pilihan raya umum ke-15 mungkin menjurus kepada sebuah negara Islam jika dibiarkan berterusan?

Atau pernahkah Loke menegur Ramasamy secara terbuka kerana mengapi-apikan sentimen perkauman dengan hujah yang cukup berat sebelah menentang penguasaan Melayu terhadap perkhidmatan awam?

Bukankah sikap pemimpin-pemimpin DAP ini toksik dan mampu menjarakkan lagi jurang pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu yang kini berada pada tahap paling kritikal dalam sejarah?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...