DAP kecam kenyataan PKR ‘hormati’ keputusan UMNO kekal sokong Perikatan Nasional

Malaysiakini memetik Guan Eng sebagai berkata, DAP telah mengatakan secara jelas kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerjasama dengan UMNO tidak pernah menjadi pilihan. Sumber (gambar): Fail TTF

دڤ كچم كڽاتأن ڤقر ءحرمتيء كڤوتوسن امنو ككال سوكوڠ ڤريكتن ناسيونل

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyelar PKR susulan kenyataan Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti itu “menghormati” keputusan UMNO untuk terus menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurut laporan, Guan Eng berkata, kenyataan Setiausaha Agung PKR itu membayangkan seolah-olah wujud kerjasama antara PKR dan UMNO, sesuatu yang tidak dipersetujui pihaknya.

Dalam kenyataan pada 21hb Oktober lalu, Saifuddin berkata, PKR menghormati keputusan UMNO tetapi parti itu akan terus berusaha “ke arah mengembalikan mandat rakyat” bersama-sama ahli parlimen yang mempunyai hasrat sama.

Kenyataan Zahid berkenaan “gencatan politik” dibuat seminggu selepas mesyuarat biro politik Umno yang memutuskan untuk menimbang menarika semula sokongan terhadap PN dan membincangkan syarat baru untuk kerjasama itu.


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyelar PKR susulan kenyataan Saifuddin Nasution Ismail bahawa parti itu “menghormati” keputusan UMNO untuk terus menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurut laporan, Guan Eng berkata, kenyataan Setiausaha Agung PKR itu membayangkan seolah-olah wujud kerjasama antara PKR dan UMNO, sesuatu yang tidak dipersetujui pihaknya.




Malaysiakini memetik Guan Eng sebagai berkata, DAP telah mengatakan secara jelas kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerjasama dengan UMNO tidak pernah menjadi pilihan.

“Kita telah berlawan dengan Umno. Ketika PRN Sabah, di Kota Kinabalu, saya kata kita tak akan bersama dengan Umno di bawah pimpinannya, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak,” kata Lim.

“Kita melawan mereka dalam pilihan raya. Kita bersatu dalam hasrat menyingkirkan kerajaan kleptokrat BN yang diketuai UMNO, bagaimana kita boleh patah balik dan bekerjasama dengan mereka?” soalnya lagi.

Dalam kenyataan pada 21hb Oktober lalu, Saifuddin berkata, PKR menghormati keputusan UMNO tetapi parti itu akan terus berusaha “ke arah mengembalikan mandat rakyat” bersama-sama ahli parlimen yang mempunyai hasrat sama.

Kenyataan Zahid berkenaan “gencatan politik” dibuat seminggu selepas mesyuarat biro politik Umno yang memutuskan untuk menimbang menarika semula sokongan terhadap PN dan membincangkan syarat baru untuk kerjasama itu.

Langkah itu di tengah-tengah usaha Anwar untuk meraih sokongan anggota Parlimen Umno di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Lim yang merupakan bekas menteri kewangan menyifatkan kenyataan Saifuddin sebagai “tidak dijangka” dan tidak mencerminkan pendirian PH.

Loading...

Menurutnya, ketika Anwar membuat pengumuman memiliki majoriti pada 23hb September lalu, pihaknya difahamkan bahawa sokongan yang diperolehi termasuk daripada beberapa parti politik dan ahli parlimen secara individu, tetapi bukan UMNO.

“Pendirian kami dan PH jelas. Anda perlu tanya PKR tentang pendirian mereka,” katanya.

Ditanya berkenaan langkah Anwar itu – yang dikatakan tanpa berunding dengan DAP dan AMANAH, Lim berkata mereka difahamkan ia perlu dibuat secara sulit dengan mengambil kira sensitivitinya.

Bagaimanapun, Lim akui bahawa Anwar ditanya sama ada pengumuman wajar dibuat sebelum perkara itu berlaku.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...