
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
دعوأن تركيني ءسومبرء سڤرم منچادڠكن اد عنصور ڤليق دان انيه دالم كڽاتأن اصل سڤرم – حنيفف
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Sejak Rakyat digemparkan mulai pertengahan minggu lalu, melalui Laporan Media berhubung beberapa bahagian KETERANGAN dalam Soal Balas seorang SAKSI PENDAKWA, iaitu David Tan Siong Sun, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, semasa perbicaraan 33 pertuduhan penerimaan rasuah terhadap Presiden UMNO, AHMAD ZAHID HAMIDI, di mana Saksi Pendakwa Ke-17 itu telah menamakan ENAM (6) NAMA pemimpin politik lain yang juga telah dikatakan menerima pelbagai jumlah wang daripada UKSB di bawah perkara yang sama, pelbagai percanggahan telah mulai muncul daripada pihak SPRM berhubung isu ini.
Link Laporan : https://www.theedgemarkets.com/…/zahid-monster-young… , https://www.bharian.com.my/…/muhyiddin-terima-rm13-juta… )
2. Pada lewat malam 18.06.2022, pihak media telah melaporkan berhubung pengeluaran satu KENYATAAN MEDIA oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana mengesahkan bahawa SPRM AKAN MEMBUKA Kertas Siasatan terhadap penama-penama yang dikatakan telah menerima wang seperti disebut oleh saksi dalam perbicaraan itu.
(Link Kenyataan Rasmi SPRM 18.06.2022 : https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=105… )
(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/sprm-akan-siasat-individu… )
3. Namun, SPRM kemudiannya telah diajukan soalan tentang KEANEHAN dan KEPELIKAN kandungan Kenyataan Media 18.06.2022 oleh pelbagai pihak termasuk saya,, iaitu :
a. Bukankah pihak Pendakwaraya sendiri telah menampilkan BUKU LEJAR UKSB (yang dikatakan mengandungi nama para pemimpin lain yang menerima wang daripada UKSB) semasa SOAL UTAMA Saksi Pendakwa Ke-17 David Tan Siong Sun itu ?!
b. Maka, bukankah ini bermaksud BUKU LEJAR UKSB itu adalah antara barang kes yang sudah lama diperolehi oleh SPRM semasa siasatan awal kes ini ?!
c. Maka isunya adalah, mengapakah pihak siasatan SPRM pada masa itu TIDAK MENDALAMI dan TIDAK SIASAT kesemua nama lain yang ada dalam BUKU LEJAR UKSB itu ?!
d. Kenapakah perkara ini cuma terdedah di atas SOAL BALAS Peguam Pembelaan dalam SOAL BALAS Saksi Pendakwaan Ke-17 itu sahaja ?!
e. Bukankah Perenggan Satu (1) dan Dua (2) KENYATAAN MEDIA SPRM 18.06.2022 itu menzahirkan fakta bahawa SPRM telah GAGAL SIASAT secara menyeluruh dan secara sepatutnya akan BUKU LEJAR UKSB pada masa siasatan asal ?!
(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/kenapa-sprm-tak…/… )
4. Secara tiba-tiba media hari ini telah melaporkan pula respons balas daripada sumber SPRM yang tidak ingin dinamakan akan perkara-perkara ANEH dan PELIK lanjut, seperti yang dilaporkan oleh FREEMALAYSIATODAY 21.06.12022 bertajuk “Semua didakwa disogok UKSB sedang disiasat SPRM”, di mana sumber SPRM itu dipetik anatara lain sebagai berkata :
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat semua yang didakwa menerima sogokan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), termasuk beberapa ahli perniagaan dan anak saudara lelaki seorang bekas perdana menteri, kata sumber.
Katanya, SPRM beberapa tahun lalu menyiasat beberapa nama yang terkandung dalam suatu lejar dan dikatakan menerima wang.
Kewujudan lejar itu yang dikatakan disimpan seorang bekas pengurus UKSB disebut dalam perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri, Zahid Hamidi.
Sumber memberitahu tidak semua yang disiasat terbukti melakukan rasuah.
“Dalam beberapa keadaan, tidak ada kes. Misalnya, dalam hal Khairy Jamaluddin, wang itu diserah kepada Umno bahagian dan dia tidak ada kuasa untuk membantu perniagaan UKSB. Oleh itu, wang berkenaan dianggap sebagai sumbangan politik dan itu tidak dilarang undang-undang,” kata sumber.
“Dalam hal Muhyiddin Yassin pula, tidak ada bukti menunjukkan dia terima sebarang duit. Namanya terkandung dalam lejar itu, tapi SPRM tak temui sebarang bukti. Jadi bagaimana nak tuduh dia?”
Menurut sumber itu lagi, penyiasat SPRM mendapati beberapa orang lain, termasuk anak saudara lelaki seorang bekas perdana menteri, didakwa menerima RM1.3 juta daripada UKSB.
“Ada beberapa ahli perniagaan dikatakan menerima wang, tetapi ketika itu kami diarah tumpu pada Zahid,” kata sumber.
“Sekarang ini kami meneruskan siasatan ke atas semua nama yang terkandung dalam lejar itu.” ”
5. Pada hakikatnya, pendedahan sumber SPRM ini bukannya menyelesaikan kesemua persoalan yang ditampilkan akibat KENYATAAN MEDIA SPRM 18.06.2022, malah kini menimbulkan lagi KEKUSUTAN dan menambahkan lagi PERSOALAN lanjut untuk dijawab dengan JUJUR dan IKHLAS oleh pihak SPRM, iaitu :
a. Kenyataan sumber SPRM itu cuma mengesahkan bahawa pada masa siasatan asal dimulakan cuma Khairy Jamaluddin, Muhyiddin Yassin, seorang anak saudara lelaki seorang bekas perdana menteri dan beberapa ahli perniagaan yang dinamakan dalam BUKU LEJAR UKSB telah juga disiasat, tanpa pengesahan samada nama-nama lain yang didedahkan SP-17 semasa perbicaraan iaitu, Anifah Aman, Shafie Apdal, Reezal Merican Naina Merican dan Hishammuddin Hussein telah disiasat ataupun tidak ?!
b. Kalaulah kenyataan sumber SPRM pada hari ini adalah BETUL dan TEPAT maka bukankah KENYATAN MEDIA SPRM 18.06.2022 SEPATUTNYA dan SEWAJARNYA berbunyi :
“Berhubung dengan nama-nama individu selain bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didedahkan oleh SP-17 semasa memberi keterangan dalam soal balas, akan diperjelaskan oleh pihak pendakwaraya melalui saksi-saksi yang relevan yang akan dipanggil oleh pihak pendakwaraya sebelum tamatnya kes pendakwaan”
DAN BUKANNYA seperti kandungan KENYATAAN MEDIA itu, iaitu :
“SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap penama-penama yang dikatakan telah menerima wang seperti disebut oleh saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.” ?!, dan
c. Siapakah pihak atau pihak-pihak yang telah didakwa telah ARAH pihak SPRM untuk tumpu kepada Zahid Hamidi sahaja, seperti yang dipetik di Perenggan 7 laporan FREEMALAYSIATODAY itu ??!!
6. Sebagai seorang pengamal undang-undang dan Rakyat Malaysia, saya sesungguhnya percaya bahawa ianya adalah AMAT PENTING bagi tujuan keyakinan Rakyat kepada pihak SPRM dan untuk memelihara nama baik Agensi SPRM itu, bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM AZAM BAKI dan/atau Peguam Negara TS IDRUS HARUN mengeluarkan satu KENYATAAN RASMI yang lengkap, telus dan ikhlas untuk meleraikan segala kekusutan dan menjawab segala persoalan yang terzahir kini !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
