
دعوأن رسواه ڤروجيك قدن: ڤڬاواي حمزه زاينودين لاڤور ڤوليس
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Satu laporan polis dibuat hari ini oleh pegawai Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa sengaja mengaitkan nama bekas menteri itu dengan pertuduhan rasuah.
Laporan polis itu dibuat Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli yang turut diiringi Ketua Angkatan Anak Muda BERSATU (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi tadi.
Ahmad Ikhwan berkata, nama Hamzah secara salah dan jahat dikaitkan dalam empat pertuduhan rasuah membabitkan projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang pernah diterajui Ahli Parlimen Larut itu.
Katanya, Hamzah yang Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) dan Ketua Pembangkang, sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung fakta dalam pertuduhan empat kes berkenaan.
KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat hari ini oleh pegawai Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa sengaja mengaitkan nama bekas menteri itu dengan pertuduhan rasuah.
Laporan polis itu dibuat Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli yang turut diiringi Ketua Angkatan Anak Muda BERSATU (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi tadi.
TONTON: BANYAK CARA PM BOLEH HILANG MAJORITI & DISINGKIR SECARA DEMOKRATIK
Ahmad Ikhwan berkata, nama Hamzah secara salah dan jahat dikaitkan dalam empat pertuduhan rasuah membabitkan projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang pernah diterajui Ahli Parlimen Larut itu.
Katanya, Hamzah yang Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) dan Ketua Pembangkang, sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung fakta dalam pertuduhan empat kes berkenaan.
“Beliau sebenarnya tidak tahu apa projek yang menjadi hal dalam pertuduhan itu, malah pertuduhan dalam keempat-empat kes hanya menyatakan secara rambang ‘apa-apa projek milik agensi di bawah KDN’,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.
Beliau merujuk kes di Mahkamah Sesyen pada Rabu lalu, membabitkan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam yang didakwa meminta suapan RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021.
Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam, iaitu Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri ketika kes berkenaan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah KDN pada Jun 2021.
Bagi tiga lagi pertuduhan, Choo Thiam didakwa menerima rasuah, masing-masing berjumlah RM3.5 juta, RM5.5 juta dan RM6 juta daripada Kim Hong sebagai dorongan untuk Hamzah membantu mendapatkan projek milik agensi di bawah KDN, antara 19 hingga 30 Julai 2021.
Semua empat kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, di sini.
Ahmad Ikhwan berkata, SPRM telah menghebahkan kes itu lebih awal, seolah-olah Hamzah terbabit dalam kes berkenaan, manakala laporan media berkaitan pertuduhan di mahkamah turut menyebut nama Ahli Parlimen Larut itu.
“Malah setelah kes selesai dituduh di mahkamah, pegawai penyiasat SPRM telah memeriksa Datuk Seri Hamzah dari jam 4.30 petang hingga jam 7 malam. Masyarakat diberikan gambaran bahawa beliau terbabit dalam rasuah, yang mana ia tidak benar sama sekali,” katanya.
Katanya, terdapat sembilan agensi penguat kuasa di bawah KDN dan Hamzah tidak tahu projek yang dikaitkan dalam kes berkenaan.
“Ingin dijelaskan bahawa Datuk Seri Hamzah sama sekali tidak mengenali dan bertemu Hep Kim Hong yang memberi suapan kepada ahli perniagaan yang dituduh.
“Sebagai ahli politik dan menteri, walaupun beliau mengenali Choo Thiam, Hamzah tidak pernah membabitkan mereka dalam apa jua urusan rasmi kerajaan dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung fakta-fakta dalam pertuduhan terbabit,” katanya.
Katanya, fakta dalam pertuduhan yang dikemukakan di mahkamah berkait kes ahli perniagaan itu juga tidak mengaitkan Hamzah dengan sebarang salah laku.
“Sehubungan itu, dua sebab utama laporan polis ini dibuat, untuk bersihkan nama Datuk Seri Hamzah, selain mengesan agensi atau pihak yang cuba dengan sengaja memburuk-burukkan dan menjatuhkan imejnya sebagai Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN,” katanya.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, lebih banyak laporan polis berhubung kes itu akan dibuat di seluruh negara.
Sumber:
