Dah kantoi, kantoi lagi: Najib mengaku ‘tidak pasti’ projek Canal City boleh selesaikan masalah banjir Selangor

Isu yang dibangkitkan oleh Najib tidak bertempat, memandangkan fokus utama kerajaan persekutuan dan negeri pada ketika ini seharusnya melibatkan kebajikan mangsa-mangsa banjir, bukannya isu politik. Sumber (gambar): Fail TTF

“Najib lebih gemar berpolitik, memfitnah dan menimbulkan propaganda palsu, daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap masalah rakyat dalam pada negara dilanda krisis akibat kegagalan kerajaan pimpinan UMNO menguruskan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir”

Raggie Jessy Rithaudeen

ده كنتوءي، كنتوءي لاڬي: نجيب مڠاكو ‘تيدق ڤستي’ ڤروجيك چانل چيتي بوليه سلسايكن مسئله بنجير سلاڠور

Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata menipu apabila menuding jari terhadap Pakatan Harapan kerana membatalkan projek Canal City di Selangor, memandangkan kerajaan Selangor pada 2011 dipimpin oleh Pakatan Rakyat, bukannya Pakatan Harapan.

Untuk makluman, Pakatan Rakyat terdiri daripada gandingan tiga parti teras, salah satu daripadanya (PAS) kini berdamping dengan UMNO dan PPBM dalam kerajaan persekutuan dan beberapa kerajaan negeri.




Najib juga mengaku secara tidak langsung bahawa beliau tidak pasti samada projek Canal City benar-benar boleh selesaikan masalah banjir di Selangor.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor, Najib berkata, beliau hanya ‘berpendapat’ jika projek tersebut mampu tampung curahan hujan 100mm atau 200mm, ‘mungkin’ banjir tidak akan begitu parah.

Jelas di sini bahawa Najib tidak 100 peratus pasti dan menukar nada kenyataannya daripada satu ‘kepastian’ kepada satu ‘kemungkinan’, setelah Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa keupayaan projek Canal City menyelesaikan masalah banjir di Selangor sebenarnya bergantung kepada saiz takungan air projek tersebut.

Ini serupa dengan pengakuan Najib dalam satu termuramah bersama Al Jazeera tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam temuramah itu, Najib mengaku bahawa beliau tidak memeriksa sumber dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan hanya mengagak bahawa ianya derma dari Arab Saudi.

Namun, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Najib mendakwa beliau tahu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah derma daripada Raja Arab Saudi.

Ini bermakna, Najib dan sel-sel media berkait kerajaan telah memperdaya rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, kononnya dana RM2.6 bilion itu diberikan oleh Raja Arab Saudi dan perkara ini diketahui oleh Najib secara sah.

Loading...

Apa pun, isu yang dibangkitkan oleh Najib berhubung projek Canal City tidak bertempat, memandangkan fokus utama kerajaan persekutuan dan negeri pada ketika ini seharusnya melibatkan kebajikan mangsa-mangsa banjir, bukannya isu politik.

Nampaknya Najib lebih gemar berpolitik, memfitnah dan menimbulkan propaganda palsu, daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap masalah rakyat dalam pada negara dilanda krisis akibat kegagalan kerajaan pimpinan UMNO menguruskan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir.

WAJIB BACA:

Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...