
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong langkah kerajaan memberikan insentif kepada kakitangan awam yang mendedahkan salah laku dan penyelewengan, namun tidak bersetuju mereka diberikan insentif tunai sehingga RM30,000.
“Tawarkan mereka kenaikan gaji, sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali. Itu lebih menjamin masa depan dan lebih baik untuk jangka panjang,” kata Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kakitangan awam yang mendedahkan salah laku dan penyelewengan akan diberi insentif wang tunai sehingga RM30,000, selain menerima Anugerah Integriti dan Personaliti (IPA).
Mengulas lanjut, Azih berkata, cadangan itu pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan moral kakitangan untuk membantu kerajaan membersihkan sebarang salah laku, namun mereka juga perlu dilindungi sepenuhnya.
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong langkah kerajaan memberikan insentif kepada kakitangan awam yang mendedahkan salah laku dan penyelewengan, namun tidak bersetuju mereka diberikan insentif tunai sehingga RM30,000.
Sebaliknya, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mencadangkan supaya kakitangan itu dihargai dengan diberikan kenaikan gaji kerana ia lebih menjamin kedudukan kewangannya berbanding insentif tunai.
“Tawarkan mereka kenaikan gaji, sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali. Itu lebih menjamin masa depan dan lebih baik untuk jangka panjang.
“Kita perlu sedar, ada penjawat awam yang tidak mampu memohon pinjaman perumahan kerana gaji asas yang rendah dan tidak melepasi syarat minimum.
“Jika mereka menerima kenaikan gaji, sudah tentu mereka akan layak,” katanya di Ibu Pejabat CUEPACS, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kakitangan awam yang mendedahkan salah laku dan penyelewengan akan diberi insentif wang tunai sehingga RM30,000, selain menerima Anugerah Integriti dan Personaliti (IPA).
Katanya, ia adalah selaras dengan dasar kementerian ke arah penjimatan dan melaksanakan tanggungjawab dengan integriti.
Mengulas lanjut, Azih berkata, cadangan itu pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan moral kakitangan untuk membantu kerajaan membersihkan sebarang salah laku, namun mereka juga perlu dilindungi sepenuhnya.
“Mereka adalah pemberi maklumat, mesti dilindungi.
“Setiap aduan yang diterima mesti diteliti sepenuhnya tanpa ada sebarang pilih kasih,” katanya.
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
