
چوۏيد تق چوۏيد، تڠكوق زاهيد لبيه ڤنتيڠ…
Pada 21hb Oktober 2020, lebih tiga minggu selepas Pilihan Raya Negeri Sabah dan menjelang pembentangan Belanjawan 2021, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik atas alasan perlunya memastikan agenda menangani COVID-19 berjaya.
Pada ketika itu, Zahid mendakwa UMNO mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.
Kemudian, pada 4hb Disember lalu, sekutu Zahid dari Perak, Datuk Abdul Manaf Hashim, mengusulkan undi percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan Ahmad.
Langkah ini diambil tatkala wabak Covid-19 menggila biarpun Zahid sendiri memberi jaminan akan memberi fokus kepada “agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.”
Nampak?
PETALING JAYA: Pada 21hb Oktober 2020, lebih tiga minggu selepas Pilihan Raya Negeri Sabah dan menjelang pembentangan Belanjawan 2021, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik atas alasan perlunya memastikan agenda menangani COVID-19 berjaya.
Pada ketika itu, Zahid mendakwa UMNO mengambil pendirian untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memberi fokus kepada agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.
Menurut beliau, UMNO turut mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam Kabinet memberikan sepenuh tumpuan pada usaha untuk membantu dan meringankan beban yang ditanggung rakyat akibat kesan ekonomi dan pandemik COVID-19.
“Kerjasama semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik saat negara menghadapi ancaman COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi,” katanya.
Persepsi yang diberikan oleh Zahid ialah:
1. UMNO bersedia untuk menyokong penuh Belanjawan 2021 untuk memberi fokus kepada agenda menangani Covid-19.
2. UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional melangkaui tarikh undian Belanjawan 2021 pada 15hb Disember, dan
3. UMNO tidak akan memikirkan soal kuasa dan kedudukan selagi ancaman wabak Covid-19 tidak dapat dibanteras.
Kemudian, pada 4hb Disember lalu, sekutu Zahid dari Perak, Datuk Abdul Manaf Hashim, mengusulkan undi percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan Ahmad.
Langkah ini diambil tatkala wabak Covid-19 menggila biarpun Zahid sendiri memberi jaminan akan memberi fokus kepada “agenda membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kegawatan ekonomi.”
Nampak?
Maklumlah, nak jaga tengkuk sendiri…
RJ RITHAUDEEN
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
