Cina dan India akan hukum PH jika Najib diampunkan dalam pada Anwar duduk dalam Lembaga Pengampunan

“PH meraih sokongan ramai orang Cina dan India setelah berjuang lebih sedekad lamanya menentang “kelptokrat UMNO bawah pimpinan Najib,” yang dikatakan “terlalu korup” dan memuja wang (Cash is King). Saksikan penjelasan video DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

چينا دان اينديا اكن حكوم ڤه جك نجيب ديامڤونكن دالم ڤد انور دودوق دالم لمباڬ ڤڠامڤونن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Datuk Seri Najib Tun Razak mula menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022, dan belum sampai lapan bulan hukuman itu dilaksanakan.

Biarpun begitu, kem Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menggunakan UMNO sebagai pentas untuk merayu kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Najib diampunkan, walaupun Zahid tahu rayuan ini di luar skop pertimbangan Lembaga Pengampunan mahupun Yang Di-Pertuan Agong.




Perkara ini telah saya jelaskan secara terperinci menerusi artikel dan video di bawah:

TONTON: UMNO SEDANG PERDAYA PENYOKONG BOSSKU, RAHSIA DI SEBALIK DESAKAN AGAR NAJIB DIAMPUNKAN

Pendek kata, ada udang di sebalik batu dalam rayuan UMNO, kerana Zahid dan peguam-peguam UMNO semestinya tahu bahawa rayuan atau dokumentasi selain petisyen pengampunan yang difailkan oleh banduan, ahli keluarga banduan, peguam banduan atau Jabatan Penjara Malaysia tidak boleh dan tidak akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan.

Tetapi UMNO terus memberi gambaran seolah-olah rayuan yang bakal dikemukakannya kepada Yang Di-Pertuan Agong mungkin meningkatkan kebarangkalian Najib diampunkan.

Ini kerana UMNO tergugat dengan gelombang Melayu-Islam yang menolak parti itu, dan gelombang ini jelas dirasai di pilihan raya kawasan parlimen Padang Serai tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Pada bacaan saya, Zahid cukup khuatir UMNO akan dibelasah teruk pada enam Pilihan Raya Negeri akan datang dan terdesak untuk mengekalkan sokongan saki baki penta’asub Bossku dan menjana semula fenomena Bossku yang sudah lama berkubur.

Namun, semuanya tidak akan berhasil, kerana pengundi Melayu-Islam terlalu marah dengan Zahid dan UMNO kerana memungkiri janji untuk tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Pengundi Melayu-Islam pasti ingat bagaimana Zahid bersumpah atas nama Allah untuk tidak bekerjasama dengan DAP, dan bagaimana Zahid memperdaya Yang Di-Pertuan Agong menerusi warkah rahsia agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

Loading...

UMNO juga diam apabila Lim Kit Siang mengeluarkan kata-kata berbaur Islamophobia, apabila Ramasamy mempersoalkan penguasaan Melayu terhadap sektor perkhidmatan awam, dan apabila Anwar menegur orang Melayu supaya tidak selesa dan angkuh sehingga meminggir kelompok lain.

Saya tidak syak lagi bahawa gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan lemas dipukul Tsunami Melayu-Islam di sekurang-kurangnya lima negeri menjelang pilihan raya negeri pada Julai atau Ogos depan.

Sekiranya UMNO dipukul teruk, hubungan ‘persaudaraan’ Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah pasti berkecai disebabkan kegagalan UMNO menyumbang undi Melayu-Islam kepada Pakatan Harapan di kawasan yang ditandingi calon gabungan itu.

Namun, Anwar ada seperkara lagi yang perlu dibimbangkan, iaitu kemungkinan rayuan UMNO berjaya mempengaruhi Yang Di-Pertuan Agong secara peribadi.

Perlu diingatkan, PH meraih sokongan ramai orang Cina dan India setelah berjuang lebih sedekad lamanya menentang “kelptokrat UMNO bawah pimpinan Najib,” yang dikatakan “terlalu korup” dan memuja wang (Cash is King).

Ini dibantu dengan skandal 1MDB yang dijadikan bekalan oleh PKR, DAP dan AMANAH untuk menyerang UMNO bertubi-tubi dengan slogan “berbilion ringgit wang rakyat” dicuri dan dilesapkan oleh penyangak bernama Najib.

Bayangkan jika Najib tiba-tiba diampunkan dalam pada Anwar duduk dalam Lembaga Pengampunan.

Kini sahaja sudah ada rungutan di kalangan orang-orang Cina dan India berhubung kerjasama PH dan BN – mereka menyokong PH atas janji bahawa PH akan menentang habis-habisan golongan Kleptokrat, namun PH kini berpelukkan dengan Kelptokrat yang sama.

Mereka terkejut bila Anwar melantik Zahid, seorang tertuduh jenayah, sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jika Najib diampunkan, sudah pasti orang Cina dan India akan mula menjarakkan diri daripada Anwar dan DAP kerana tertipu selama ini.

Ini akan menjurus kepada boikot besar-besaran Cina dan India pada pilihan raya negeri yang akan datang, dan disebabkan itu, Pulau Pinang sudah pasti jatuh ke tangan Perikatan Nasional.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...