China Press lapor Guan Eng dakwa ‘gelombang hijau’ bakal musnahkan kuil, nafi hak agama di Pulau Pinang

Disember tahun lalu, ayah Guan Eng, Lim Kit Siang, memberi amaran bahawa “gelombang hijau” ini boleh menjurus kepada Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Sumber (gambar): TTF

چينا ڤريسس لاڤور ڬوان اڠ دعوا ءڬلومبڠ هيجاوء باكل موسنهكن كويل، نافي حق اڬام د ڤولاو ڤينڠ

中国媒体报道冠英声称“绿潮”将摧毁寺庙,剥夺槟城岛的宗教权利

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Pengerusi DAP Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata, jika “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.

Menurut portal Malaysia Now (KLIK DI SINI, RUJUK TANGKAP LAYAR DI HUJUNG BAWAH), perkara ini dilaporkan oleh China Press, yang turut melaporkan Guan Eng sebagai memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang bahawa “gelombang hijau” itu akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” Lim dilaporkan sebagai berkata ketika menghadiri sebuah acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong semalam.

Menurut Malaysia Now, China Press kemudian membuat pindaan kepada petikan ini dengan menggantikan perkataan “tokong” kepada “kuil India” dan mengeluarkan perkataan “Buddha.”


Pengerusi DAP Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata, jika “gelombang hijau tidak senang dengan tokong yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya”.

Menurut portal Malaysia Now (KLIK DI SINI, RUJUK TANGKAP LAYAR DI HUJUNG BAWAH), perkara ini dilaporkan oleh China Press, yang turut melaporkan Guan Eng sebagai memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang bahawa “gelombang hijau” itu akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.




“Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh bersembahyang kepada dewa dan Buddha,” Lim dilaporkan sebagai berkata ketika menghadiri sebuah acara keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong semalam.

TONTON: GUAN ENG DILAPORKAN DAKWA GELOMBANG HIJAU PN AKAN ROBOHKAN TOKONG – JIKA BENAR, ADAKAH MANUSIA LUARBIASA RASIS, ANTI ISLAM INI AKAN DITAHAN? 

Menurut Malaysia Now, China Press kemudian membuat pindaan kepada petikan ini dengan menggantikan perkataan “tokong” kepada “kuil India” dan mengeluarkan perkataan “Buddha,” menjadikan kenyataan Guan Eng seperti berikut:

“jika gelombang hijau tidak senang dengan kuil India yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya. Tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal sama, rakyat masih boleh menyembah dewa mereka.”

Ungkapan “gelombang hijau”, iaitu merujuk kepada tema hijau PAS, kerap digunakan pemimpin DAP untuk menggambarkan pencapaian Perikatan Nasional (PN) dan parti Islam itu dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Disember tahun lalu, ayah Guan Eng, Lim Kit Siang, memberi amaran bahawa “gelombang hijau” ini boleh menjurus kepada Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

Malaysia Now menulis:

Lim (Guan Eng) menyifatkan sesiapa di Pulau Pinang yang menyokong “gelombang hijau” sebagai “pembelot dan pemberontak” yang akan dilaknat sehingga “meninggalkan reputasi busuk selama beribu-ribu tahun”.

Loading...

Lim turut memberi amaran Pulau Pinang bakal dilenyapkan di bawah pemerintahan “gelombang hijau” dan dijadikan sebahagian daripada Kedah.

Beliau membandingkan senario itu dengan serangan tentera Mongol, peristiwa abad ke-13 dan ke-14 yang menyaksikan perluasan empayar Mongol di China, yang dianggap sebagai salah satu pencerobohan tentera paling ganas dalam sejarah.

Sambil menggambarkan Pulau Pinang sebagai China di zaman Dinasti Ming ketika berdepan pencerobohan askar Manchu, Lim berkata: “Kami adalah rakyat Pulau Pinang, bukan Wu Sangui.”

Wu Sangui adalah seorang jeneral yang mengkhianati Dinasti Ming dengan melepaskan askar Manchu untuk menakluki China.

“Jangan bawa masuk askar Qing (Manchu) merentasi sempadan,” tambah Lim seperti dipetik oleh China Press.

Beliau seterusnya berkata “gelombang hijau” akan mengharamkan minuman keras, judi, seluar pendek dan salun dandanan rambut uniseks.

“Selagi Pulau Pinang masih diperintah oleh kerajaan yang sama, semuanya boleh kekal sama, jika tidak pada masa depan, ada yang terpaksa memakai baju ketika mandi.

“Gelombang hijau sangat berbahaya. Jika kita tidak berhati-hati, hak asasi rakyat akan dieksploitasi. Jadi kita harus melindungi Pulau Pinang,” akhbar itu memetiknya sebagai berkata.

THE THIRD FORCE

#PMX #Anwar #LimGuanEng #LimKitSiang



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...