Calon BN Ustaz Kazim tarik diri bertanding di Larut

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohd. Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud. Sumber (gambar): FMT

چالون بن استاذ كازيم تاريق ديري برتنديڠ د لاروت

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menasihati semua pihak supaya ‘menyayangi pahala’ masing-masing.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, beliau memohon semoga segala kutukan, cercaan dan hinaan terhadapnya digantikan dengan pahala.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut. 


PETALING JAYA: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menasihati semua pihak supaya ‘menyayangi pahala’ masing-masing.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, beliau memohon semoga segala kutukan, cercaan dan hinaan terhadapnya digantikan dengan pahala.




Ustaz Kazim memuat naik kenyataan itu selepas menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Larut.

“Sayangilah pahala anda. Semoga kutukan, cercaan, hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih,” katanya.

Susulan penarikan diri itu, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohd. Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...