Cabaran saya kepada Nga Kor Ming: Usulkan pengunduran DAP dari Pakatan Harapan jika jantan

Raggie Jessy Rithaudeen

چابرن ساي كڤد ڠا كور ميڠ: اصولكن ڤڠوندورن دڤ دري ڤاكتن هارڤن جك جنتن

Timbalan setiausaha agung DAP Nga Kor Ming hari ini dilaporkan berkata DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).




Menurutnya, DAP mencapai kata kesepakatan berhubung perkara itu dan tidak kisah jika tidak berada lagi dalam gabungan parti pemerintah.

Berikut merupakan jawapan saya kepada Nga berhubung kenyataan terbarunya itu:

1. Pertama sekali, jika berani, panggillah mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan usulkan pengunduran terus DAP daripada Pakatan Harapan.

2. Saya beri jaminan tindakan tersebut akan menjadi langkah terakhir bagi DAP sebelum parti tersebut terkubur buat selama-lamanya dalam masa yang teramat singkat.

3. Ini memandangkan lebih sepuluh ahli parlimen DAP tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan dan bersedia meninggalkan parti sekiranya perlu.

4. Justeru, sekiranya DAP bertindak keluar Pakatan Harapan, Kerajaan Persekutuan pasti akan runtuh kerana gabungan berkenaan tidak akan lagi memiliki majoriti dalam parlimen.

5. Tetapi keadaan ini akan bertahan sementara sahaja.

Loading...

6. Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti akan bertindak mencetuskan pembentukan gabungan politik baru bersama Datuk Seri Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan 132- 137 ahli parlimen lain dari PKR, DAP, AMANAH, PAS, UMNO, PPBM, Sabah dan Sarawak.

7. Ahli-ahli parlimen ini sudah pasti tidak akan berpaling tadah pada saat terakhir.

8. Mereka tahu, jika mereka berpaling tadah, Mahathir akan bertindak keluar dari Pakatan Harapan bersama baki ahli parlimen yang teguh bersamanya (lebih kurang 60 ahl), di mana kesemua mereka akan bergelar ahli bebas.

9. Apa yang akan berlaku seterusnya lebih kurang sepertimana yang dicertiakan menerusi artikel berjudul, “Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Keempat): Anwar dan DAP diludah masuk kubur politik” (bawah).

Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Tiga): Pengisytiharan darurat, pembubaran parlimen

Saya menulis:

10. Apabila ditanya oleh Agong, kesemua ahli bebas ini akan sengaja mengisytiharkan tidak mampu meneruskan kerjasama dengan baki ahli-ahli parlimen dari DAP, AMANAH, PKR, UMNO dan PPBM.

11. Perkara ini sah akan berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat saya bongkarkan buat ketika ini. Apapun, akibat daripada tindakan ini, Kerajaan Persekutuan akan terus runtuh.

12. Keadaan ini akan memaksa Agong untuk memutuskan samada perlu parlimen dibubarkan ataupun diadakan rundingan antara saki-baki pemimpin Pakatan Harapan dan juga mereka dari pihak pembangkang untuk menubuhkan kerajaan campuran.

13. Masalahnya, UMNO tidak akan dapat bekerjasama dengan Pakatan Harapan memandangkan PAS sama sekali tidak akan bersetuju untuk berdamping bersama Anwar dan DAP.

14. Ini akan memaksa Agong untuk membubarkan parlimen supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

15. Masalahnya, undi Melayu-Islam dan Bumiputera akan berpecah teruk kerana sebilangan besar daripada pengundi UMNO dan PAS yang mengabaikan Mahathir selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan kembali ke pangkuannya.

16. Ini memandangkan mereka akan diselubungi dengan perasaan gembira yang teramat sangat susulan tindakan Mahathir meruntuhkan kerajaan pusat dengan ‘mencantas’ Anwar dan DAP.

17. Hasilnya, PRU15 akan menjurus ke arah parlimen tergantung, di mana kedua-dua “Kem Mahathir” dan “Kem UMNO-PAS” tidak akan meraih jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

18. Walau bagaimanapun, majoriti mutlak masih boleh diperolehi menerusi pembentukan kerajaan gabungan yang baru atau penambahan ahli bukan sekutu dalam mana-mana gabungan yang sudah ada.

19. Perkara ini boleh tercapai sekiranya kem Mahathir dan Kem UMNO-PAS bergabung. Dalam senario ini, karier politik kedua-dua DAP dan Anwar sudah pasti akan dikuburkan samada atas dasar balas dendam ataupun atas beberapa dasar yang lain (akan dibincangkan kelak).

20. Kesemua ahli parlimen yang bersekutu dengan Mahathir faham akan kemungkinan ini.

21. Mereka terdiri dari sejumlah tertentu ahli parlimen yang tidak akan mengabaikan Mahathir biar apapun terjadi (kumpulan A) dan sejumlah lagi yang menyokong Mahathir kerana tidak sehaluan dengan Anwar, Kit Siang dan Guan Eng (kumpulan B).

22. Kumpulan B tahu DAP tetap akan terkubur bersama karier politik Anwar biar apapun yang terjadi, samada parti berkenaan bertindak keluar dari Pakatan Harapan atau Mahathir sendiri bertindak keluar dari gabungan tersebut bersama ahli-ahli Kumpulan A.

23. Sekiranya ahli-ahli Kumpulan B setia bersama Mahathir, kedudukan mereka sebagai MP akan kekal bagi tempoh tiga tahun sebaik selepas terbentuknya gabungan politik baru tanpa Anwar, Kit Siang dan Guan Eng.

24. Sebaliknya, jika mereka berpaling tadah, sudah pasti Mahathir akan mencalonkan orang-orang baru dari PPBM, WARISAN dan kem Azmin dalam Pilihan Raya Umum ke-15, di mana kebarangkalian calon-calon ini menang amat tinggi akibat dari peralihan sebahagian undi Melayu kepada PPBM (rujuk poin 15).

25. Pokoknya, jika DAP bertindak keluar dari Pakatan Harapan, tidak ada sesiapa pun yang akan rugi melainkan Anwar, Kit Siang, Guan Eng dan sekutu-sekutu mereka.

Justeru, saya mencabar Nga Kor Ming untuk tidak membuang masa lagi dan terus mengusulkan pengunduran DAP daripada Pakatan Harapan jika benar beliau seorang jantan dan berani.

Jika tidak, saya mengesyorkan beliau duduk diam dan berhenti memberikan persepsi palsu seolah-olah DAP adalah ‘kingmaker’.

Beliau seharusnya terima hakikat bahawa DAP adalah parti yang paling lemah di arena politik kebangsaan pada ketika ini dan boleh terkubur pada bila-bila masa.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...