“Memang wujud masalah ‘perpaduan’ serius dalam Barisan Nasional antara Ahli-ahli parlimen dan pucuk pimpinan…” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan yang ada pada hari ini sebagai berbumbungkan atap konkrit dan sukar ‘ditebuk’.
“Bumbung kita adalah bumbung konkrit. Orang yang fikir nak tebuk atap, mentalitinya tebuk atap. Jika itu (tindakan tebuk atap) yang dibimbangi, biarlah format yang ada (terus) dicuba.
“Ini kerana setiap parti dalam kerajaan mempunyai kerjasama baik. Sepanjang setahun Kerajaan Madani, belum pernah dalam Jemaah Menteri bertelagah atas nama perbezaan politik.
Manakala itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua parti Kerajaan Perpaduan memberi sokongan sepenuhnya kepada Anwar untuk terus menerajui kepimpinan Kerajaan.
“Dalam setiap mesyuarat sekretariat sudah memberi laporan bahawa jika ada perbezaan pandangan di akar umbi, ia bukan pendapat atau pendirian parti tetapi individu,” katanya.
Namun, kedua-duanya tidak mampu menyakinkan rakyat bahawa kerajaan hari ini mampu bertahan dalam tempoh masa terdekat.
Sejak bulan lalu, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh Anwar, Zahid dan beberapa pemimpin utama UMNO untuk menyanggah dakwaan wujud perancangan sulit melibatkan ahli-ahli parlimen kerajaan (Barisan Nasional dan Pakatan Harapan) untuk menyokong pembangkang.
Jika benar kerajaan hari ini ‘luar brasa’ stabil kerana ‘berbumbung konkrit’, kenapa perlu dikeluarkan kenyataan demi kenyataan hampir setiap hari?
Kenapa Zahid tiba-tiba memanggil mesyuarat MKT tergempar tanpa melibatkan ahli-ahli parlimen UMNO untuk mengulangi komitmen UMNO kepada kerajaan pimpinan Anwar?
Kenapa orang-orang Zahid asyik mengingatkan ahli-ahli parlimen UMNO berkenaan ‘bon kesetiaan RM100 juta’ jika benar bon itu mengikat dan tidak ada sebarang konflik bersama ahli-ahli parlimen UMNO?
RUJUK: Terang lagi bersuluh – Mesyuarat ‘tergempar’ MKT semalam bukti kem Zahid amat cemas, masalah serius pucuk pimpinan bersama MP
Barangkali Anwar dan Zahid lupa bahawa kestabilan kerajaan di negara ini ditentukan oleh ahli parlimen, bukannya parti politik.
Ini terbukti apabila majoriti kerajaan bertambah susulan sokongan tambahan lima ahli parlimen Bersatu kepada Anwar, walaupun Bersatu terang-terang mengamalkan dasar menentang pentadbiran Anwar.
Anwar menerima sokongan tambahan ini ‘dengan hati terbuka’ dan ‘penuh rasa bersyukur’, sekaligus bermakna Anwar mengiktiraf hak berperlembagaan setiap ahli parlimen untuk menentukan, secara sukarela dan peribadi pada bila-bila masa, tanpa terikat pada dasar parti, status sokongan mereka kepada Perdana Menteri.
Ini bermakna, mana-mana ahli parlimen daripada mana-mana parti boleh mengubah status sokongan mereka kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa tanpa mendapat restu parti atau perlu menurut dasar parti.
Zahid dan Anwar boleh memberi komitmen kepada kerajaan sebanyak mana yang mereka mahu, tetapi…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
