Bukti Lim Guan Eng terketar-ketar memikirkan Pakatan Nasional

“Bukankah aneh beliau merupakan satu-satu menteri yang asyik mengeluarkan kenyataan berhubung Pakatan Nasional sedangkan beliau sendiri menafikan rancangan menubuhkan gabungan berkenaan?”

Raggie Jessy Rithaudeen

بوقتي ليم ڬوان اڠ تركتار-كتار مميكيركن ڤاكتن ناسيونل

Setiausaha Agung DAP sah ketakutan berhubung desas-desus penubuhan Pakatan Nasional biarpun menafikan gabungan sedemikian bakal tertubuh.




Hari ini, beliau mendakwa kerajaan kerajaan yang bakal tertubuh sekiranya Pakatan Nasional benar-benar terbentuk akan memberi ancaman bahaya secara terbuka kepada orang bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokrasi.

Menurutnya lagi, penubuhan Pakatan Nasional akan mengundang bahaya kepada cara hidup rakyat negara ini bersandarkan kenyataan beberapa pemimpin Pas secara terang menolak pelantikan pemimpin bukan Islam sebagai menteri Kabinet terutama jawatan penting seperti Menteri Kewangan meskipun tiada halangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan-kenyataan ini bukan hanya rasis, ianya jelas mempamirkan aura anti-Islam yang ada pada dirinya dan usaha beliau menghasut masyarakat bukan Islam dengan retorik Islamophobia yang mampu menimbulkan kebencian masyarakat bukan Islam terhadap orang Islam.

Lim turut mengeluarkan kata-kata berunsur ‘penipuan lampau,’ di mana beliau mendakwa UMNO dan PAS “memboikot produk dan bisnes bukan Muslim.”

Perkara ini sebenarnya sudahpun dilaporkan kepada pihak polis.

Pada 12hb September 2019, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor bagi meminta Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat Guan Eng.

Ini berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim di media berhubung isu “boikot produk keluaran bukan Bumiputra” di mana kenyataan-kenyataan ini disyaki bertujuan melagakan masyarakat bukan Islam dan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau.

Loading...

Kalau diselidik, isu ini hanya dimainkan oleh Lim Guan Eng hingga tular kerana dibawa oleh hampir semua media arus perdana yang utama.

Guan Eng secara terang menjadikannya isu politik dan perkauman apabila asyik mengajukan kata dua berbunyi ‘ugutan’ kepada UMNO, PAS, MCA dan MIC.

BACA BERKENAAN LAPORAN TERHADAP GUAN ENG DI SINI:

Isu boikot: Polis diberitahu Guan Eng melagakan Muslim dan bukan Muslim

Apa pun, saya keliru bagaimana Lim boleh mendakwa Pakatan Nasional boleh membawa pelbagai ancaman terhadap orang bukan Islam sedangkan sebelum ini, beliau menafikan sekeras-kerasnya ura-ura penubuhan gabungan berkenaan.

Bukankah Lim sendiri memberi ‘amaran’ kepada The Star untuk tidak menerbitkan ‘berita palsu’ berhubung pakatan tersebut?

Jika apa yang diterbitkan The Star ‘berita palsu’, bukankah kenyataan Lim hari ini yang dilihat melagakan masyarakat Islam dan bukan Islam turut memiliki unsur-unsur palsu?

Bukankah aneh beliau merupakan satu-satu menteri yang asyik mengeluarkan kenyataan berhubung Pakatan Nasional sedangkan beliau sendiri menafikan rancangan menubuhkan gabungan berkenaan?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...