Bukti kerjasama UMNO-DAP ‘kahwin paksa’

“Jika UMNO sudah tahu DAP adalah liabiliti, kenapa bersetuju untuk bekerjasama melainkan kerjasama ini terpaksa dilakukan agar Zahid dapat membantu Anwar naik sebagai Perdana Menteri?”

Raggie Jessy Rithaudeen

بوقتي كرجاسام امنو-دڤ ‘كهوين ڤقسا’

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Baru-baru ini, apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kerjasama di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sebagai “kahwin paksa” yang tidak akan berjaya, pemimpin-pemimpin kedua-dua gabungan itu seperti cacing kepanasan.

DAP, UMNO TEKAN BUTANG CEMAS MENJELANG PRN, DAH TAHU RAKYAT TOLAK




Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah kerjasama politik yang turut digalakkan Yang di-Pertuan Agong.

Namun, saya dapat rasakan Ismail Sabri merujuk kepada presiden UMNO dan bukannya Yang Di-Pertuan Agong, dan saya hairan bagaimana Loke tidak dapat melihat unsur ‘paksaan’ dalam kerjasama itu.

Biar saya jelaskan:

Pada 23 November 2022, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengutuskan satu warkah kepada Yang Di-Pertuan Agong tanpa pengetahuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

Dalam warkah itu, Zahid menyembah maklum kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa beliau telah mempengerusikan satu mesyuarat Barisan Nasional pada 22hb November, dan mesyuarat memutuskan bahawa kesemua 30 ahli Parlimen bersetuju menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ini satu penipuan.

Hakikatnya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Zahid pada 22 November memutuskan, dengan persetujuan Zahid sendiri, bahawa Barisan Nasional akan berkecuali dan tidak menyokong sesiapa sebagai Perdana Menteri.

Loading...

Namun, disebabkan warkah rahsia Zahid, Yang Di-Pertuan Agong mendapat gambaran kononnya kesemua ahli parlimen Barisan Nasional rela bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Disebabkan itu, Yang Di-Pertuan Agong menggunakan kuasa budi bicaranya menurut Perlembagaan Persekutuan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri, atas keyakinan bahawa Anwar mungkin mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Kemudian, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional – khususnya, laskar-laskar siber kedua-dua gabungan itu – mula mewar-warkan kisah dongeng kononnya Agong menitahkan pembentukan ‘kerajaan perpaduan’ menerusi kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Ini tidak benar.

Hakikatnya, Yang Di-Pertuan Agong hanya mengharapkan pembentukan kerajaan stabil dan tidak pernah menitahkan Barisan Nasional perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Pendek kata, Anwar berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri atas tipu muslihat Zahid, dan mana-mana ahli UMNO yang mengkritik Zahid samada digantung atau dipecat terus.

Ini sekaligus menjadikan kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan satu paksaan, dan orang yang melakukan paksaan ini tidak lain dan tidak bukan Zahid Hamidi atas keterdesakan beliau untuk menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Unsur ‘paksaan’ jelas

Saya hairan bagaimana DAP tidak menganggap kerjasama PH-BN satu paksaan, sedangkan DAP senyap apabila Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri meskipun berjanji tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Kleptokrat UMNO.

Cuba fikir, PEMIMPIN Pakatan Harapan dulu sanggup melabel Najib sebagai “penyanggak,” “pencuri” dan “Kleptokrat” dalam ceramah meskipun Najib pada ketika itu belum didapati bersalah.

Kemudian, apabila Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Pakatan Harapan tiba-tiba mendakwa “seseorang itu tidak bersalah selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.”

Bukankah ini petanda DAP ‘terpaksa’ berkahwin dengan pihak yang dahulunya digelar Kleptokrat untuk kekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri?

UMNO pula menuduh DAP menjadi liabiliti dalam usaha parti itu menarik sokongan Me­layu.

Persoalannya, jika UMNO sudah tahu DAP adalah liabiliti, kenapa bersetuju untuk bekerjasama melainkan kerjasama ini terpaksa dilakukan agar Zahid dapat membantu Anwar menajdi Perdana Menteri?

Kenapa asyik memberi alasan “atas titah Agong” atau “atas galakkan Agong” jika benar Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bekerjasama secara sukarela?

Kenapa tidak beritahu sahaja kepada penyokong bahawa “kami memang berniat kerjasama?”



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...