“Selagi Pakatan Harapan masih ada, selagi itulah DAP dan AMANAH akan memondan, kerana saya tidak fikir pemimpin-pemimpin DAP dan AMANAH mampu mengorak langkah ke depan atau memiliki kredibiliti dan kebolehan untuk memimpin negara sekiranya teloq mereka masih lagi berada dalam gengaman manusia bernama Anwar Ibrahim”
Raggie Jessy Rithaudeen
بوبر ڤاكتن هارڤن، توبوه ڬابوڠن بهارو، ڤولاو انور إبراهيم
Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan yang gagal disebabkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perlu dibubarkan dengan kadar segera jika benar pemimpin-pemimpin DAP dan AMANAH inginkan perubahan.
Kenyataan Mohamad Sabu terkini yang menzahirkan sokongan terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-9 merupakan bukti kegagalan Pakatan Harapan yang sudah tidak mampu memimpin atau mengorak langkah secara objektif, realistik dan rasional kerana kepimpinannya tergoda dengan nafsu politik songsang Anwar yang kini menjadi darah daging gabungan itu.
Mohamad Sabu sememangnya tahu berkenaan rancangan sulit Anwar bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak ke arah pembentukkan gabungan kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan.
Rancangan ini adalah bagi membolehkan Team A UMNO mencantas Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum Najib dan Zahid merangkak kembali ke tampuk kepimpinan negara dan berusaha menyelamatkan tengkuk masing-masing.
Anwar turut terdesak seperti Zahid dan Najib kerana bukan hanya pengampunannya kini dicabar, beliau juga terpalit dengan beberapa kes yang dikatakan akan meletup tidak lama lagi.
Malangnya, walaupun mengetahui semua ini, Mohamad Sabu tetap menzahirkan sokongannya terhadap Anwar, sekaligus membuktikan AMANAH kini gila wang, kuasa dan kedudukan (wkk) seperti Team A dan sanggup bekerjasama dengan kleptokrat untuk kembali memerintah.
Kesemua ini membuktikan Pakatan Harapan kini merupakan “Pakatan Baruah Anwar” dan tidak lagi layak bergelar “Pakatan demi rakyat” sepertimana yang diwar-warkan selama ini.
Justeru, adalah wajib bagi gabungan itu dibubarkan serta merta sebelum apa-apa perbincangan diadakan ke arah pembentukkan sebuah gabungan politik baharu.
Saya dengan ini mengisytiharkan tidak akan bekerjasama dalam apa jua kapasiti dengan mana-mana pihak yang merupakan ahli DAP atau AMANAH, samada secara langsung atau tidak langsung, melainkan Pakatan Harapan dibubarkan sama sekali.
Biarpun begitu, saya akan kekal mendukung perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah biar apa pun keputusan yang mereka ambil dan akan menumpukan seluruh tenaga saya terhadap usaha memperkasakan Blok Bebas Kuasa Ketiga (BBKK) pimpinan Mahathir.
Perjuangan saya setakat itu sahaja, kerana saya percaya bahawa BBKK merupakan satu-satunya gabungan yang mampu perjuangkan maruah Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta ini daripada anasir-anasir jahat yang cuba menganggu gugat kestabilan politik dan ekonomi kebangsaan.
Selagi Pakatan Harapan masih ada, selagi itulah DAP dan AMANAH akan memondan, kerana saya tidak fikir pemimpin-pemimpin DAP dan AMANAH mampu mengorak langkah ke depan atau memiliki kredibiliti dan kebolehan untuk memimpin negara sekiranya teloq kepimpinannya masih lagi berada dalam gengaman manusia bernama Anwar Ibrahim.
Saya juga ingin menasihati pihak yang lain untuk berhenti membuang masa dengan misi-misi yang tidak produktif bersama DAP dan AMANAH dan tumpukan sepenuhnya tenaga terhadap pemerkasaan BBKK melainkan Pakatan Harapan dibuarkan.
Don’t waste your time blowing the same trumpet and repeating the same mistakes, hoping for new outcomes. Don’t beg, move on…
Wallahu A’lam
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
