Bilakah Zahid akan digantung sebab tipu Agong, khianati UMNO?

Di dalam UMNO, Zahid memberi gambaran bahawa beliau menolak Anwar, manakala kepada pihak Istana Negara, Zahid menzahirkan sokongannya terhadap Anwar sambil menjaja nama UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

يلاكه زاهيد اكن دڬنتوڠ سبب تيڤو اڬوڠ، خيانتي امنو؟

Sertai saluran Telegram TTF di sini

UMNO dilaporkan telah menggantung keahlian exco pemudanya Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selama enam tahun atas dakwaan melanggar perlembagaan parti.

Menurut Azri, beliau digantung kerana mengajak Umno untuk menyokong PPBM di mana tindakan itu dikatakan tidak menghormati keputusan Perhimpunan Agung UMNO.




Persoalannya, bilakah UMNO akan menggantung keahlian Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menandatangani Surat Akuan Bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Pada 6hb Julai 2021, media melaporkan bahawa suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Anwar sebelum ini adalah suara milik Zahid, berdasarkan pengakuan Zahid sendiri.

Memetik sumber Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, laporan itu turut mendakwa bahawa Zahid mengaku menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Zahid masih belum menafikan laporan berkenaan hingga ke hari ini biarpun laporan itu tular dan dibawa oleh beberapa media arus perdana.

Sebelum ini, saya membongkarkan kewujudan surat sokongan rahsia, di mana Zahid mendakwa seluruh UMNO menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri tanpa pengetahuan ahli-ahli parlimen atau Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT).

Bukan hanya surat ini disokong penuh oleh Najib, ianya dihantar kepada pihak Istana Negara tidak lama selepas Zahid berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjanjikan sokongan padu UMNO terhadap kepimpinannya.

Perkara ini turut disahkan oleh sebuah portal yang menulis:

Loading...

Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.

“Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin,” demikian memetik laporan portal tersebut, hari ini.

Sumber dalaman memberitahu portal tersebut lagi, surat tersebut didakwa dihantar oleh Ahmad Zahid dan Najib selepas 48 jam pertemuan dibuat di kediaman Muhyiddin, menyatakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Tambah sumber, surat berkenaan disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan Najib.”

Bagaimanapun, dua hari selepas surat berkenaan dihantar iaitu pada 15 Oktober, wakil dari Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Ahmad Zahid.

Maknanya, di dalam UMNO, Zahid memberi gambaran bahawa beliau menolak Anwar, manakala kepada pihak Istana Negara, Zahid menzahirkan sokongannya terhadap Anwar sambil menjaja nama UMNO.

Bukankah semua ini melanggar perlembagaan parti?

Bukankah tindakan seorang presiden parti menipu pihak Istana Negara berhubung sokongan sebenar ahli-ahli parlimen partinya tanpa pengetahuan mereka satu pengkhianatan yang teramat besar kepada parti?

Apakah UMNO tidak akan menggantung Zahid kerana menipu Yang Di-Pertuan Agong, mengkhianati parti, melanggar perlembagaan parti dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai presiden parti?

WAJIB BACA:

Pakatan Harapan nampaknya takut Mahathir akan disanjung pengundi jika dilantik pengerusi MPN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...