Bila Anwar masuk Parlimen, apa rencana Tok Madey?

Saiful Bahri

PRK Port Dickson adalah satu pilihanraya yang kecil tapi yang akan membawa impak yang besar kepada suasana politik negara.




Anwar masuk Parlimen. Adakah Anwar sanggup menganbil tempat DPM dari kak jijah dan menjadi DPM kepada tok madey untuk kali kedua? Adakah nuar akan cabar tok madey untuk kerusi PM? Apa akan berlaku bila nuar cabar tok madey?

Ramai yang memberikan pandangan dengan tidak melihat peranan DAP dalam pergelutan kuasa antara tok madey dan nuar.

Apabila pergelutan berlaku, DAP mesti memilih antara nuar dan tok madey. Tampa sokongan dari DAP tok madey akan hilang kuasa dalam pakatan harapan dan berikan jawatan PM kepada nuar.

Cuba fikirkan antara tok madey dengan nuar, siapa DAP lebih senang untuk berkerjasama? Tentunya nuar.

Sebelum ini tok madey rasa selesa. Tapi dengan kemunculan Nuar yang berada dalam posisi untuk menjatuhkan dia, tok madey dah mula rencananya.

Tok madey tahu sokongan dari DAP kepada dia tidak ada jaminan. Bila bila sahaja DAP boleh menubah sokongan mereka kepada nuar. Jadi rencana tok madey mungkin diluar dugaan sesiapapun.

Tok madey mesti mencari sumber sokongan dari luar pakatan. Ini hanya boleh didapati dari BN. BN hanya dapat ditawan oleh tok madey menerusi UMNO.

Loading...

*Ambil alih BN menerusi UMNO.* – Ini rencana Tok madey yang saya dapat baca dari keadaan politik semasa.

Ini boleh dibaca dari:

1. Tekanan yang tok madey berikan kepada YB dari UMNO untuk masuk PPBM. Ini satu cara untuk tok madey tingkatkan kedudukan dia dalam koalisi pakatan dan juga mengesyorkan dia jikalau perkara berlaku dimana tok madey keluar dari pakatan harapan, PPBM lebih kuat dari sebelumnya.

2. Tekanan diberikan kepada UMNO sendiri dan ketua ketua UMNO. Pada pandangan saya motif tok madey adalah untuk menyerapkan UMNO kedalam PPBM atau mengambil alih UMNO. Cara tok madey lakukan ini adalah menerusi ugutan kepada UMNO – UMNO akan diharamkan atau UMNO terus hidup dengan syarat tok madey mengambil alih UMNO. Kalau tok madey dapat UMNO kemungkinan dia dapat semua BN.

Kombinasi yang dicari tok madey mungkin seperti berikut:

BN                : 79
PPBM.         : 12
WARISAN. : 8

Saya anggap YB UMNO yang lompat ke PPBM tidak ubah kedudukan total.

Jumlah 99 kerusi.

Tok madey mengharapkan jermin bawak kerusi lain dari PKR yang buat masa ini ada 48 kerusi untuk cukupkan jumlah yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru tampa nuar atau DAP.

Hanya dengan cara ini tok madey dapat pertahankan kedudukan dia sebagai PM ke 7. Tiada cara lain.

Yang ramai bimbang UMNO diharamkan tak perlu bimbang. Ini tidak akan berlaku selagi tok madey perlukan BN untuk sokong dia.

Fahami bahawa tok madey perlukan UMNO. Tok madey tiada pilihan lain. Pengharaman UMNO tidak akan membawa apapun untung untuk tok madey. Sokongan UMNO disebaliknya akan memberi nafas kepada tok madey.

UMNO BUKAN MUSUH TOK MADEY. UMNO ADALAH SATU BATU PERMATA YANG AKAN MEMANJANGKAN HAYAT TOK MADEY SEBAGAI PM KE 7.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...