TONTON JUGA: Politik kepartian akan ditolak rakyat 10-15 tahun akan datang – PN PERLU UBAH STRATEGI
“Jika suka menyebut-nyebut nama seorang tokoh negarawan yang disanjung tinggi atau menyandarkan perjuangan anda kepada perjuangan dia, maka jagalah perwatakan dan imej anda”
Raggie Jessy Rithaudeen
Saya ditanya satu soalan berhubung perkembangan tertentu di media sosial.
Terus terang, bagi saya, perkembangan ini terlalu ‘childish’ (kebudak-budakan) dan jelas menampakkan tahap kematangan semua terbabit.
Malah, ianya boleh mencemarkan imej pembangkang dan seorang tokoh Negarawan yang amat saya sanjungi, kerana pihak terbabit dikaitkan dengan pembangkang dan tokoh Negarawan yang saya maksudkan.
Kalau boleh, saya tidak ingin mencampuri urusan-urusan sebegini sebab saya tidak suka apa yang sedang berlaku.
Cuma, ada dua perkara yang ingin saya komen secara ilmiah dan secara am (tidak semestinya semua yang saya sebut berkait secara langsung dengan perkembangan ini, ada juga berkait dengan pengalaman peribadi saya):
1. Jika seorang individu beragama Islam menganggap dirinya ‘lebih Muslim’ dari seorang Mualaf, individu berkenaan cetek ilmu dan tersasar jauh dari landasan kebenaran.
2. Jika seorang individu mempertikai pegangan Agama anda walaupun anda telah bershahadah, maka individu berkenaan sehina hina manusia yang tidak akan saya maafkan, kerana dia telah menghina Rukun pertama dalam Rukun Islam.
Ketahuilah, bahawa Syahadah merupakan pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rasulnya.
So, stop defending yourself, whoever you are. Jangan buang masa berleter sana sini bagi mempertahankan diri anda.
Sebaliknya, sentiasa perbaharui Iman agar anda tidak mudah tergoda dengan kejahilan dan kejahatan yang sememangnya bertujuan menguji keimanan anda.
Seorang Mualaf hanya dirujuk sebagai Mualaf bagi tujuan rujukan, akademik, pencerahan atau penjelasan, antara lain, tanpa sebarang niat untuk memperlekeh atau memandang rendah individu berkenaan.
Jika tidak, sentiasa merujuk kepada Mualaf sebagai “saudara Muslim,” “saudara se-Agama” (bagi mereka yang beragama Islam), atau “Muslim.” Tidak lebih dari itu.
Tidak ada perbezaan ‘keIslaman’ antara Mualaf dan mereka yang lahir kepada keluarga Muslim. Semuanya Muslim, semuanya bersaudara.
Tidak ada yang lebih Muslim dari Muslim. Yang ada cuma mereka yang ‘terlebih pandai’ dan suka tafsir Agama ikut acuan sendiri.
Ketahuilah, bahawa semua manusia lahir dalam keadaan fitrah, iaitu dengan keadaan yang murni dan Muslim.
Maka sesatlah mana-mana individu atau ‘pejuang Agama’ yang merujuk kepada anda sebagai ‘Mualaf’ bagi membezakan ‘keIslamannya’ dengan ‘keIslaman’ anda.
Dan sesat juga mereka yang mempertikai pegangan Agama anda tanpa usul periksa.
And while I’m at it;
Sesat juga mereka yang menghina mana-mana pemimpin dengan gelaran jijik, tidak kira pemimpin itu dianggap kawan atau lawan.
Dan tidak kurang sesat mereka yang membuka ‘aib’ pemimpin atau mana-mana individu lain tanpa menyajikan sebarang bukti perkara yang didedahkan itu.
“Tuding menuding” macam budak-budak di media sosial sambil melaungkan “perjuangan Agama, Bangsa dan Negara” di pentas pembangkang mahupun di sebelah Tokoh Negarawan hanya membawa impak buruk kepada pembangkang dan Tokoh Negarawan berkenaan.
Jika suka menyebut-nyebut nama seorang tokoh negarawan yang disanjung tinggi atau menyandarkan perjuangan anda kepada perjuangan dia, maka jagalah perwatakan dan imej anda.
Jangan marah, sekadar memberi pandangan.
Ikhlas dari saya, RJ Rithaudeen
