Bercanggah dengan titah Agong, Takiyuddin dakwa Parlimen tidak boleh bersidang di bawah Ordinan Darurat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

برچڠڬه دڠن تيته اڬوڠ، تاكييوددين دعوا ڤرليمين تيدق بوليه برسيدڠ د باوه اوردينان ضرورت

Sertai INSTAGRAM TTF di sini

Menurut Datuk Seri Takiyuddin Hassan, di bawah Ordinan Darurat, Parlimen tidak boleh bersidang dan akan diberikan notis hanya selepas Proklamasi Darurat di tamatkan.

Namun, kenyataan Takiyuddin bercanggah dengan titah Yang Di-Pertuan Agong bertarikh 24hb Febuari 2021.

Menurut titah itu, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda Tuanku atas nasihat Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, Yang Di-Pertuan Agong tidak semestinya perlu mendengar atau menunggu nasihat Perdana Menteri dalam tempoh Darurat ini dan boleh menentukan bila parlimen perlu bersidang.

Takiyuddin juga gagal menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan boleh meluluskan Ordinan pindaan yang bersesuaian bagi membenarkan parlimen bersidang segera dalam tempoh Darurat tanpa perlu mengeluarkan notis 28 hari.


Menurut laporan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kaedah tersebut masih lagi di peringkat cadangan dan perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri selepas mendapat pandangan Peguam Negara.

Kerajaan masih belum membuat sebarang ketetapan untuk melaksanakan sidang Parlimen secara hibrid atau bersemuka sebagaimana desakan sesetengah pihak.




Menurut laporan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kaedah tersebut masih lagi di peringkat cadangan dan perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri selepas mendapat pandangan Peguam Negara.

“Di bawah Ordinan Darurat, Parlimen tidak boleh bersidang, ia akan diberikan notis selepas Proklamasi Darurat di tamatkan, barulah boleh dikeluarkan notis, kalau sekiranya Parlimen hendak bersidang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV)

Menurutnya, selepas 1 Ogos nanti baharulah undang-undang yang berkaitan memanggil Parlimen berkuatkuasa semula.

Namun, kenyataan Takiyuddin bercanggah dengan titah Yang Di-Pertuan Agong bertarikh 24hb Febuari 2021.

Menurut titah itu, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda Tuanku atas nasihat Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, Yang Di-Pertuan Agong tidak semestinya perlu mendengar atau menunggu nasihat Perdana Menteri dalam tempoh Darurat ini dan boleh menentukan bila parlimen perlu bersidang.

Takiyuddin juga gagal menjelaskan kepada rakyat bahawa kerajaan boleh meluluskan Ordinan pindaan yang bersesuaian bagi membenarkan parlimen bersidang segera dalam tempoh Darurat tanpa perlu mengeluarkan notis 28 hari.

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA: 

#KerajaanGagal: Lafaz ikrar saya kepada Yang DI-Pertuan Agong



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...