“Adakah itu sebabnya surat dari Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, mengesahkan bahawa pengecualian telah diberi kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) Akta Pertubuhan 1966, berdasarkan kuasa yang diberi kepada menteri sepertimana termaktub dalam Seksyen 70 akta yang sama?”
Raggie Jessy Rithaudeen
بنركه صيفالدين نساوتياون ڬونا كواس منتري اوبه كڤوتوسن روس اڬر زاهيد ككال ڤريسيدن امنو؟
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Semalam, sebuah portal yang diketahui umum sebagai portal pro-UMNO, Suara.TV, melaporkan bahawa ibu pejabat UMNO menerima surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
Menurut laporan itu, setelah RoS meniliti dokumen-dokumen yang disediakan oleh UMNO, Jabatan itu dikatakan telah memutuskan usul tambahan tersebut sebagai tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.
Berdasarkan laporan itu, saya membuat live (TONTON DI SINI) di sebelah malam untuk menegaskan perlunya Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat segera bagi membuka semula pencalonan bagi pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.
TONTON: ROS DILAPORKAN BUAT KEPUTUSAN BOLEH BERTANDING JAWATAN PRESIDEN
Saya juga mengesyorkan agar dua ahli UMNO yang membuat laporan asal kepada RoS, membuat satu lagi laporan untuk memastikan bahawa pencalonan berkenaan dibuka.
Tidak lama selepas live saya disiarkan, pihak media tiba-tiba menyiarkan (samada secara kebetulan atau sebaliknya) kenyataan presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Berita Harian, Zahid memaklumkan bahawa UMNO sudah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang mengesahkan bahawa RoS menerima resolusi UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Bagaimanapun, Astro Awani melaporkan bahawa Zahid mengesahkan RoS menerima usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu.
Ini sebenarnya dua kenyataan berbeza, dan di sini sahaja timbul beberapa persoalan:
1. Adakah RoS sekadar “menerima usul tambahan PAU 2022 yang dihantar oleh UMNO namun masih belum membuat keputusan,” atau
2. adakah RoS “menerima keputusan (resolusi) UMNO dan bersetuju bahawa jawatan presiden dan timaban presiden tidak dipertandingkan?”
Kenyataan Zahid sepertimana yang dilaporkan oleh Awani berbunyi seperti berikut:
“Pada hari ini (Sabtu) kita telah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU.
“Maka, adalah sah daripada surat yang dikeluarkan itu, bahawa hanya jawatan Naib Presiden ke Majlis Tertinggi dan jawatan-jawatan di sayap-sayap akan ditandingi.”
Persoalannya, adakah wujud unsur campurtangan menteri setelah RoS membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf usul tambahan PAU?
Saya telah membangkitkan kekeliruan yang timbul dalam live (TONTON DI SINI) yang disiarkan sejurus selepas media arus perdana memetik kenyataan Zahid.
TONTON: SAYA KELIRU – SIAPA BERCAKAP BENAR, ZAHID ATAU PORTAL PRO-UMNO?
Kekeliruan ini timbul, kerana beberapa jam sebelum kenyataan Zahid disiarkan, portal pro-UMNO (yang sebelum ini tepat dalam segala laporan berkait UMNO) mendedahkan bahawa RoS dikatakan tidak menerima usul tambahan PAU.
Apakah Zahid atau mana-mana pemimpin UMNO telah meminta KDN untuk masuk campur dan mengubah keputusan RoS setelah RoS memaklumkan kepada UMNO bahawa usul PAU ditolak?
Adakah itu sebabnya surat dari Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, mengesahkan bahawa pengecualian telah diberi kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) Akta Pertubuhan 1966, berdasarkan kuasa yang diberi kepada menteri sepertimana termaktub dalam Seksyen 70 akta yang sama?
