TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
بلنجاوان 2024 – ڤرياوريتي كراجأن سيلڤ، رعيت اكن هادڤي مسئله چوكوڤ بسر
Negara kita sedang berdepan krisis bekalan bahan makanan asas, krisis nilai matawang, krisis kos sara hidup dan krisis ekonomi yang serius, dan kita agak ketinggalan dari sudut perkembangan ekonomi berbanding negara-negara serantau.
Jika tidak ditangani, kita mungkin berdepan suasana kecemasan yang boleh berlarutan untuk tempoh masa yang agak lama, tidak kira Darurat diisytiharkan atau tidak.
Sebagai contoh, baru-baru ini, tular di media sosial video-video yang memaparkan adegan rakyat beratur panjang, berpusu-pusu dan tolak menolak hanya untuk mendapatkan sekampit beras tempatan.
Keadaan seumpama ini tidak pernah terjadi dan jelas menunjukkan negara kita sedang berdepan krisis bekalan makanan asas atau makanan ruji yang kritikal.
TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Bila rakyat berdepan dengan ketidaktentuan bekalan makanan asas untuk kelangsungan hidup, negara berdepan risiko huru-hara, dan ketenteraman serta keselamatan awam tidak lagi terjamin.
Dalam situasi ini, sudah wujud suasana kecemasan, dan kerajaan dikira gagal melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Begitu juga, bila kerajaan gagal menangani masalah ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit untuk satu tempoh masa yang lama, kelangsungan hidup rakyat terjejas, dan ketenteraman awam tidak lagi terjamin.
Seharusnya, langkah-langkah kecemasan sudah lama diambil menerusi penubuhan jawatankuasa atau majlis tindakan yang sesuai, merangkumi pakar-pakar dan tokoh-tokoh negarawan yang berpengalaman dan tahu apa yang harus dilakukan.
Namun, setelah 11 bulan mentadbir urus negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah sesat dan gagal mengumumkan sebarang dasar atau kerangka kerja pemulihan yang mampu meyakinkan rakyat dan pelabur.
Ini terbukti apabila Anwar membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat semalam.
Bukan hanya krisis-krisis yang melanda tidak diberi penekanan sewajarnya, saya mendapati kerajaan agak naif, keliru dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Sebagai contoh, Anwar mengumumkan peningkatan cukai SST sebanyak 33.33% dalam pada nilai ringgit berada pada tahap yang paling buruk dalam sejarah dan kos sara hidup menggila.
Belanjawan 2024 turut merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negara, dan Anwar gagal menjelaskan bagaimana kerajaan mampu menampung belanjawan sebesar ini dalam pada:
1. pelaburan yang diumumkan oleh Anwar setakat ini hampir kesemuanya ‘komitmen’, bukannya pelaburan yang sah atau diluluskan, dan
2. pelabur asing terus menerus menjual berbilion ringgit pegangan ekuiti di Malaysia untuk tempoh berbulan lamanya.
TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
