Belanjawan 2024 lulus di peringkat dasar, ini pendirian muktamad saya

“Kelulusan di peringkat dasar ini sekaligus mempamirkan kegagalan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, antaranya…” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

بلنجاوان 2024 لولوس د ڤريڠكت داسر، اين ڤنديرين معتمد ساي

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar.

RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Menurut Berita Harian, sesi undian dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada jam 6.50 petang.




Media itu turut melaporkan, seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar, bermula 16 Oktober lalu.

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Implikasi kelulusan ini ialah majoriti ahli parlimen yang hadir secara tidak langsung memperbaharui mandat mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Ini memandangkan kelulusan RUU Perbekalan 2024 merupakan ‘kebenaran’ pertama yang diberikan oleh Dewan Rakyat kepada kerajaan pimpinan Anwar untuk melaksanakan perbelanjaan tadbir urus negara menurut cadangan yang dipersetujui.

Namun, cadangan ini hanya dibahaskan di peringkat dasar dan perlu dibahaskan di peringkat jawatankuasa selepas ini, disusli dengan undian terakhir pada 27 November 2023.

Kelulusan di peringkat dasar ini sekaligus mempamirkan kegagalan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, antaranya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ismail Sabri, yang selama ini diwar-warkan ‘tidak sehaluan’ dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan tidak setuju untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Disebabkan itu, saya memutuskan untuk pertahankan hak Anwar untuk terus mentadbir hingga ke Pilihan Raya Umum ke-16.

Saya kekal menyokong Perikatan Nasional dan akan terus mendukung prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Namun, saya tidak sesekali akan menyokong pembentukan sebarang kerajaan baharu yang ditunjangi ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang jauh lebih gagal berbanding Anwar dan/atau DAP.

Bagi saya…

SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...