Belanjawan 2021: Muhyiddin hidupkan semula ‘unit propaganda’ (JASA) dengan peruntukan empat kali ganda zaman Barisan Nasional

Bagaimanakah Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh meluluskan cadangan menghidupkan semula JASA tatkala wabak Covid-19 menggila dan rakyat ditimpa pelbagai dugaan akibat kehilangan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang meningkat? Sumber (gambar): Fail TTF

بلنجاوان 2021: محي الدين هيدوڤكن سمولا ءاونيت ڤروڤاڬنداء ﴿جاس﴾ دڠن ڤرونتوكن امڤت كالي ڬندا زمان باريسن ناسيونل

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dihentikan selepas Pakatan Harapan memegang tampuk kepimpinan negara dihidupkan semula dengan peruntukan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021.

Unit propaganda tersebut, yang diperkenalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini, dikatakan mengagihkan banyak dana bagi membayar Laskar Siber (Cybertrooper) yang membantu memarakkan propaganda.

Pengarahnya yang terakhir, Puad Zakarshi, mengetuai jabatan itu dari 2015 sehingga 15 Oktober 2020 apabila jabatan itu ditutp sepenuhnya dan dibayar RM20,592 sebulan, jauh melebihi gaji menteri sebanyak RM14,907.2 pada ketika itu.

Peruntukan RM85.5 juta bagi JASA di bawah Belanjawan 2021 merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah, hampir empat kali ganda peruntukan terakhir di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional, iaitu RM22,886,500 pada tahun 2017.


PETALING JAYA: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dihentikan selepas Pakatan Harapan memegang tampuk kepimpinan negara dihidupkan semula dengan peruntukan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021.

Unit tersebut, yang diperkenalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional, dikatakan mengagihkan banyak dana bagi membayar Laskar Siber (Cybertrooper) yang membantu memarakkan propaganda.




Pengarahnya yang terakhir, Puad Zakarshi, mengetuai jabatan itu dari 2015 sehingga 15 Oktober 2020 apabila jabatan itu ditutp sepenuhnya dan dibayar RM20,592 sebulan, jauh melebihi gaji menteri sebanyak RM14,907.2 pada ketika itu.

Pada bulan Mei 2018, ketika menjelaskan sebab JASA ditutup, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak unsur-unsur politik mempengaruhi jabatan itu sehingga dipergunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Jadi amat tidak masuk akal Muhyiddin menghidupkan semula JASA setelah merampas kerajaan secara tidak demokratik kerana beliau sendiri terlibat dalam kerajaan terdahulu ketika keputusan dibuat untuk membubarkan jabatan itu.

Dalam satu temuramah bersama Sinar Harian, blogger Syarul Ema Rena Abu Samah yang dikenali dengan gelaran “Ratu Naga” pernah mendakwa, Laskar Siber UMNO dibayar berpuluh-puluh malah beratus ribu untuk mempertahankan pentadbiran terdahulu.

Peruntukan RM85.5 juta bagi JASA di bawah Belanjawan 2021 merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah, hampir empat kali ganda peruntukan di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional, iaitu RM22,886,500 pada tahun 2017.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh meluluskan cadangan itu tatkala wabak Covid-19 menggila dan rakyat ditimpa pelbagai dugaan akibat kehilangan sumber pendapatan dan kos sara hidup yang meningkat.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...