
بكس ستياءوسها سوليت محي الدين بوات ڤندداهن مڠجوت
Isu pelantikan timbalan perdana menteri (TPM) dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dinamakan sebagai calon untuk mengisi jawatan terbabit.
Namun, Ahmad Faizal dalam reaksi balasnya menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit yang juga Speaker DUN Johor itu sengaja membuat spekulasi yang tidak wajar.
Bagaimanapun, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU itu menjadi perdana menteri, hari ini mendakwa perjanjian di antara PN dengan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai jawatan TPM memang wujud.
Malah, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa, beliau sendiri terbabit dalam penyediaan perjanjian di antara PN yang dianggotai BERSATU, PAS, GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) itu dengan perdana menteri.
KUALA LUMPUR: Isu pelantikan timbalan perdana menteri (TPM) dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dinamakan sebagai calon untuk mengisi jawatan terbabit.
Namun, Ahmad Faizal dalam reaksi balasnya menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit yang juga Speaker DUN Johor itu sengaja membuat spekulasi yang tidak wajar.
Menyusul kemudian, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam dilaporkan berkata, partinya berpegang kepada keputusan awal penubuhan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN), iaitu tiada pelantikan TPM dilakukan dan tiada sebarang perjanjian dibuat.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Bagaimanapun, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU itu menjadi perdana menteri, hari ini mendakwa perjanjian di antara PN dengan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai jawatan TPM memang wujud.
Malah, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa, beliau sendiri terbabit dalam penyediaan perjanjian di antara PN yang dianggotai BERSATU, PAS, GERAKAN, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) itu dengan perdana menteri.
“Saya ingin mengesahkan perjanjian ini wujud. Sebagai pegawai perdana menteri kelapan pada waktu itu, saya terlibat secara langsung dalam penyediaan perjanjian ini.
“Ia ditandatangani oleh Tan Sri Muhyiddin dan perdana menteri pada 17 Ogos 2021 dan disaksikan oleh seorang menteri dari parti BERSATU dan seorang menteri dari UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.
Marzuki juga mendakwa, satu fasal dalam perjanjian berkenaan menyebut bahawa dokumen perjanjian yang dipersetujui itu, tidak boleh diterbitkan atau dizahirkan dalam apa-apa bentuk, sebaliknya hanya boleh disimpan untuk rujukan kedua-dua pihak.
Semalam, Abdul Hadi mengakui perbincangan mengenai pelantikan TPM ada dilakukan, namun tiada sebarang keputusan kerana kerajaan memberi keutamaan untuk menguruskan masalah dihadapi rakyat yang masih terkesan susulan peningkatan harga barangan.
Terdahulu Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting dan supaya perjanjian PN dengan perdana menteri, termasuk berkaitan pelantikan TPM dapat dipertimbangkan.
Sumber:
Tajuk:
