Bantahan terbuka ratusan peguam di jalanan petanda struktur asas pentadbiran negara kritikal

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Mas Ermieyatie Samsudin, yang pada awalnya dijangka menerima memorandum daripada Majlis Peguam di Parlimen, sebaliknya hadir ke lokasi himpunan dan bertemu peguam. Sumber (gambar): TTF

“Kini, setalah beratus-ratus peguam terpaksa berhimpun di jalanan untuk membantah tindakan salah satu cabang penguatkuasaan undang-undang secara terbuka, keyakinan pelabur terhadap kemampuan tadbir urus negara sudah pasti merosot, dan ini dijangka membawa impak yang lebih buruk lagi kepada ekonomi negara”

Raggie Jessy Rithaudeen

Majlis Peguam hari ini bertindak nekad mengumpulkan beberapa ratus peguam di Padang Merbok bagi mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan berhubung siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Baik dari sudut perundangan mahupun moral, jika beratus-ratus peguam terpaksa berhimpun di luar kamar mahkamah dan melaung-laungkan bantahan terhadap salah satu cabang penguatkuasaan undang-undang secara terbuka, biarpun berdepan sekatan polis, ianya petanda struktur asas pentadbiran negara berada pada tahap amat kritikal.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Perhimpunan hari ini tidak mungkin diketepikan dengan mudah sebagai “didalangi kumpulan politik,” kerana bukan hanya ianya melibatkan kebebasan bersuara dan berhimpun, ianya dianjur oleh sebuah badan professional yang benar-benar arif tentang prekära ini dan berkait secara langsung dengan cabang rasmi perundangan negara, yang diamanahkan tanggungjawab mengawal selia profesion peguam di Semenanjung Malaysia.




Beratus-ratus individu yang turun berhimpun bukan hanya berkait dengan badan professional ini, mereka sendiri telah diamanahkan tanggungjawab mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dan merupakan antara tunjang utama sistem perundangan di negara ini.

Antara isu besar yang dihadapi Malaysia sejak Langkah Sheraton ialah kecelaruan sistem politik negara serta masalah tadbir urus, yang menurut agensi penarafan antarabangsa, merupakan antara sebab pelabur kurang minat dengan negara ini dan penarafan kredit serta ekonomi negara terjejas.

Kini, setalah beratus-ratus peguam terpaksa berhimpun di jalanan untuk membantah tindakan salah satu cabang penguatkuasaan undang-undang secara terbuka, keyakinan pelabur terhadap kemampuan tadbir urus negara sudah pasti merosot, dan ini dijangka membawa impak yang lebih buruk lagi kepada ekonomi negara.

Menurut laporan media, Badan Peguam kini sedang mengumpul bukti untuk mengambil tindakan undang-undang selepas polis bertindak menghalang perhimpunan di Padang Merbok daripada meneruskan perarakan ‘Walk for Justice’ ke parlimen semata-mata untuk menyerahkan memorandum.

“Akta Perhimpunan Aman (PAA) (2012) telah wujud selama 10 tahun tetapi polis masih tidak menghargai hakikat bahawa tiada permit polis diperlukan,” dakwa Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah.

Menurut Cheah, Majlis Peguam sebagai penganjur perarakan itu telah memenuhi semua syarat di bawah akta berkenaan termasuk memaklumkan kepada polis dalam masa yang ditetapkan.

“Jika kita ikut PAA, jika polis tidak beri respons dalam tempoh tiga hari dengan sebarang syarat, kita (penganjur) berhak untuk meneruskan seolah-olah tiada syarat dikenakan,” katanya.

Loading...

Selanjutnya, Cheah berkata pegawai polis yang terlibat dalam dua rundingan yang gagal dengan penganjur di Padang Merbok hanya menyebut kebimbangan “keselamatan” tanpa alasan lanjut diberikan untuk menghentikan perarakan mereka.

“Saya tidak tahu keselamatan untuk apa, keselamatan untuk siapa,” tambahnya.

Dia mengesahkan bahawa penganjur telah menolak “tawaran” daripada polis untuk 20 peguam berarak ke parlimen, kerana semua yang berkumpul telah menyatakan hasrat mereka untuk berarak.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Mas Ermieyatie Samsudin, yang pada awalnya dijangka menerima memorandum daripada Majlis Peguam di Parlimen, sebaliknya hadir ke lokasi himpunan dan bertemu peguam.

Protes itu diadakan sebagai tindak balas kepada siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas sebuah blog mendakwa dia mempunyai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

Nazlan, yang merupakan hakim yang sebelum ini mensabitkan bekas perdana menteri Najib Razak atas kes rasuah RM42 juta SRC International, telah membuat laporan polis menafikan tuduhan terhadapnya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...