Dato’ Azwanddin Hamzah selaku Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah ditahan pihak polis hari ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kelang Utara berikutan satu sesi soal siasat yang berlangsung hampir tiga jam.
Azwanddin bakal dihadapkan ke Mahkhamah Kelang esok pada pukul 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan di bahawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
KELANG: Dato’ Azwanddin Hamzah selaku Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah ditahan pihak polis hari ini di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kelang Utara berikutan satu sesi soal siasat yang berlangsung hampir tiga jam.
Di sekitar pukul 6.45 petang, Azwanddin digari dan dibawa ke lokap polis di Shah Alam dalam keadaan yang mencurigakan di dalam satu van berwarna putih dan bercermin gelap yang tidak mempunyai logo PDRM.
Apibila pihak Gagasan Tiga (G3) dan JMM cuba menghampiri van tersebut di perkarangan IPD, mereka dimarahi oleh seorang pegawai polis di pintu masuk balai biarpun lokasi van di mana Azwanddin berada hanya 50 meter dari tempat perkumpulan G3 dan JMM.
Kelakuan pihak polis dianggap pihak G3 dan JMM sebagai pelik memandangkan Azwanddin tidak melaukukan apa-apa jenayah berat seperti mencuri, membunuh ataupun rogol.
Azwanddin bakal dihadapkan ke Mahkhamah Kelang esok pada pukul 9 pagi untuk menghadapi pertuduhan di bahawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Pihak JMM difahamkan bahawa Azwanddin bakal direman selama empat hari berkuatkuasa dari tarikh penangkapan beliau hari ini.
